Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan dan gunakan RTT dan TTY pada iPhone

Jika anda menghadapi kesukaran pendengaran atau pertuturan, anda boleh berkomunikasi dengan telefon menggunakan Teletype (TTY) atau teks masa nyata (RTT)—protokol yang menghantar teks ketika anda menaip dan membenarkan penerima untuk membaca mesej dengan serta-merta. RTT ialah protokol lebih lanjutan yang menghantar audio ketika anda menaip teks.

iPhone membekalkan RTT dan TTY Perisian terbina dalam daripada app Telefon—ia tidak memerlukan peranti tambahan. Jika anda aktifkan RTT/TTY Perisian, iPhone secara lalai ke protokol RTT jika ia disokong oleh pembawa.

iPhone juga menyokong TTY Perkakasan, supaya anda boleh menyambung iPhone ke peranti TTY luaran dengan Penyesuai TTY iPhone (dijual secara berasingan di kebanyakan rantau).

Penting: RTT dan TTY tidak disokong oleh semua pembawa atau di semua negara atau rantau. Kefungsian RTT dan TTY bergantung pada pembawa dan persekitaran rangkaian anda. Apabila membuat panggilan kecemasan di A.S., iPhone menghantar aksara atau nada istimewa untuk memberi isyarat kepada operator. Keupayaan operator untuk menerima atau membalas nada ini mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda. Apple tidak memberi jaminan yang operator boleh menerima atau membalas panggilan RTT atau TTY.

Sediakan RTT dan TTY

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian.

  2. Ketik RTT/TTY atau TTY, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Jika iPhone anda mempunyai Dwi SIM, pilih talian.

    • Aktifkan RTT/TTY Perisian atau TTY Perisian.

    • Ketik Nombor Geganti, kemudian masukkan nombor telefon untuk digunakan bagi panggilan geganti menggunakan RTT/TTY Perisian.

    • Aktifkan Hantar Serta-Merta untuk menghantar setiap aksara semasa anda menaip. Nyahaktifkannya untuk melengkapkan mesej sebelum menghantar.

    • Aktifkan Jawab Semua sebagai RTT/TTY.

    • Aktifkan TTY Perkakasan.

    Apabila RTT atau TTY diaktifkan, ikon TTY kelihatan dalam bar status di bahagian atas skrin.

Sambungkan iPhone ke peranti TTY luaran

Jika anda mengaktifkan TTY Perisian dalam Seting, sambungkan iPhone ke peranti TTY anda menggunakan Penyesuai TTY iPhone. Jika TTY Perisian juga diaktifkan, panggilan masuk secara lalai ke TTY Perkakasan. Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan peranti TTY tertentu, lihat dokumentasi yang disertakan.

Mulakan panggilan RTT atau TTY

  1. Dalam app Telefon, pilih kenalan, kemudian ketik nombor telefon.

  2. Pilih Panggilan RTT/TTY atau Panggilan Geganti RTT/TTY.

  3. Tunggu panggilan bersambung, kemudian ketik RTT/TTY.

    iPhone mematuhi protokol RTT secara lalai jika disokong oleh pembawa.

Jika anda belum mengaktifkan RTT dan anda menerima panggilan masuk RTT, ketik butang RTT untuk menjawab panggilan dengan RTT.

Taip teks semasa panggilan RTT atau TTY

  1. Masukkan mesej anda dalam medan teks.

    Jika anda mengaktifkan Hantar Serta-Merta dalam Seting, penerima anda melihat setiap aksara semasa anda menaip. Jika tidak, ketik butang Hantar untuk menghantar mesej.

  2. Untuk turut menghantar audio, ketik butang Mikrofon.

Semak transkrip panggilan RTT atau TTY Perisian

  1. Dalam app Telefon, ketik Terbaru.

    Panggilan RTT dan TTY mempunyai ikon RTT/TTY bersebelahannya.

  2. Bersebelahan panggilan yang anda mahu semak, ketik butang Info Lanjut.

Nota: Ciri kesinambungan tidak tersedia untuk sokongan RTT dan TTY. Kadar panggilan suara standard digunakan untuk kedua-dua panggilan RTT/TTY Perisian dan TTY Perkakasan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.