Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kesan pintu di sekeliling anda menggunakan Kanta Pembesar pada iPhone

Pada model disokong, anda boleh menggunakan app Kanta Pembesar untuk mengesan pintu di sekeliling anda, membantu memahami jarak anda daripada pintu, cara membuka pintu dan mendapatkan perihalan atribut pintu.

Apabila pintu dikesan berhampiran, anda dimaklumkan dengan bunyi, pertuturan, atau maklum balas haptik. Maklum balas menjadi lebih kerap apabila anda lebih dekat dengan pintu.

Penting: Jangan gunakan Pengesanan Pintu untuk navigasi atau dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda.

Sesuaikan seting untuk Pengesanan Pintu

  1. Ketik butang Seting, kemudian ketik Seting.

  2. Ketik Pengesanan Pintu untuk menyesuaikan mana-mana daripada berikut:

    • Unit: Pilih Meter atau Kaki.

    • Jarak pic bunyi: Ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan jarak. Apabila pintu dikesan dalam jarak ini, pic maklum balas bunyi meningkat.

    • Maklum balas: Aktifkan sebarang gabungan bunyi, pertuturan dan haptik. Jika anda mengaktifkan Pertuturan, iPhone menyebut jarak antara anda dan pintu.

    • Warna: Pilih warna untuk rangka pintu yang dikesan.

    • Ketik belakang: Apabila anda dwiketik belakang iPhone, anda boleh mendengar lebih banyak maklumat tentang pintu di sekeliling anda.

    • Atribut Pintu: Aktifkan sebarang gabungan atribut pintu, seperti saiz pintu yang dikesan, cara membuka pintu dan jika pintu sedang dibuka.

    • Hiasan Pintu: Aktifkan Hiasan Pintu untuk mendapatkan maklumat tentang teks dan tanda pada atau berdekatan pintu yang dikesan, seperti tanda untuk jalan masuk yang boleh dilalui atau tandas.

  3. Apabila anda selesai, ketik Balik, kemudian ketik Selesai.

Kesan pintu berdekatan anda

Skrin Kanta Pembesar dalam Mod Pengesanan menunjukkan pintu dengan tanda dalam tetingkap. Di bahagian bawah ialah senarai atribut pintu untuk pintu yang dikesan.
  1. Aktifkan Kanta Pembesar, ketik butang Mod Pengesanan, kemudian ketik butang Pengesanan Pintu.

  2. Tempatkan iPhone supaya kamera belakang boleh mengesan pintu di sekeliling anda.

    Jika anda tidak mendengar maklum balas bunyi atau pertuturan, pastikan mod senyap dinyahaktifkan. Lihat Laraskan kelantangan pada iPhone.

  3. Apabila anda selesai, ketik Tamat untuk kembali ke skrin Kanta Pembesar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.