Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Kalkulator pada iPhone

Dalam app Kalkulator , anda boleh melakukan pengiraan arimetik asas dengan kalkulator standard. Atau gunakan kalkulator saintifik untuk fungsi eksponen, logaritma dan trigonometri.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Berapakah 74 darab 9?” atau “Berapakah 18 peratus daripada 225?” Ketahui cara menggunakan Siri.

Kalkulator standard dengan fungsi aritmetik asas.

Gunakan kalkulator saintifik

Putar iPhone ke orientasi landskap.

iPhone dalam orientasi landskap menunjukkan kalkulator saintifik dengan fungsi eksponen, logaritmik dan trigonometrik.

Salin, padam, atau kosongkan nombor

  • Salin hasil pengiraan: Sentuh dan tahan hasil pengiraan dalam paparan, ketik Salin, kemudian tampal hasil di tempat lain, seperti nota atau mesej.

  • Padamkan digit terakhir: Jika anda melakukan kesilapan semasa memasukkan nombor, leret ke kiri atau kanan pada paparan di bahagian atas.

  • Kosongkan paparan: Ketik kekunci Clear (C) untuk memadamkan entri terakhir, atau ketik kekunci All Clear (AC) untuk memadamkan semua entri.

Lihat juga

Gunakan pemasa atau jam randik

Gunakan kompas.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.