Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan penggera pada iPhone

Dalam app Jam , anda boleh mengesetkan penggera untuk bila-bila masa dan menjadikan penggera berulang pada satu atau lebih hari dalam seminggu.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Setkan penggera untuk 7 pagi” Ketahui cara menggunakan Siri..

Nota: Anda juga boleh menyediakan penggera bangun sebagai sebahagian daripada jadual tidur penuh (termasuk waktu tidur, waktu bangun dan banyak lagi) dalam app Kesihatan. Jika anda tidak mahu menyediakan jadual tidur, anda boleh mengesetkan penggera biasa dalam Jam untuk waktu anda mahu bangun tidur.

Setkan penggera

Anda boleh mengesetkan penggera untuk bila-bila masa, termasuk untuk waktu anda mahu bangun tidur. Sebarang penggera yang anda sediakan dalam Jam tidak berkaitan dengan jadual tidur.

  1. Ketik Penggera, kemudian ketik butang tambah.

  2. Setkan waktu, kemudian pilih mana-mana daripada pilihan berikut:

    • Ulang: Pilih hari dalam minggu yang anda mahu penggera ulang.

    • Label: Berikan penggera nama, seperti “Siram pokok”.

    • Bunyi: Pilih getaran, lagu, atau nada dering.

    • Tidur: Berikan diri anda beberapa minit lagi masa untuk tidur.

  3. Ketik Simpan.

Untuk menukar penggera, ketik waktu penggera. Atau ketik Edit di bahagian kiri atas, kemudian ketik waktu penggera.

Nyahaktifkan penggera

Ketik butang bersebelahan waktu penggera.

Keluarkan penggera

Untuk mengeluarkan penggera, ketik Edit di bahagian kiri atas, ketik butang Padam , kemudian ketik Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.