Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan penggera pada iPhone

Dalam app Jam , anda boleh mengesetkan penggera biasa untuk bila-bila masa dan menjadikan penggera berulang pada satu atau lebih hari dalam seminggu.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Setkan penggera pada pukul 9 pagi setiap hari Jumaat” atau “Kejutkan saya esok pada pukul 7 pagi”. Ketahui cara meminta Siri.

Nota: Penggera Bangun dalam Jam disetkan dalam app Kesihatan sebagai sebahagian daripada jadual tidur penuh (termasuk waktu tidur, waktu bangun dan banyak lagi). Jika anda tidak mahu menyediakan jadual tidur, anda boleh mengesetkan penggera biasa dalam Jam untuk waktu anda mahu bangun tidur.

Setkan penggera biasa

Anda boleh mengesetkan penggera biasa untuk bila-bila masa, termasuk untuk waktu anda mahu bangun tidur. (Penggera biasa tidak berkaitan dengan sebarang jadual tidur.)

  1. Ketik Penggera, kemudian ketik butang tambah.

    Tab Penggera, menunjukkan empat penggera disetkan pada pelbagai waktu, butang untuk mengesetkan penggera biasa di bahagian kanan atas dan penggera Bangun dengan butang untuk menukar jadual tidur dalam app Kesihatan.
  2. Setkan waktu, kemudian pilih mana-mana daripada pilihan berikut:

    • Ulang: Pilih hari dalam minggu.

    • Label: Berikan penggera nama, seperti “Siram pokok.”

    • Bunyi: Pilih getaran, lagu, atau nada dering.

    • Tidur: Berikan diri anda beberapa minit lagi masa untuk tidur.

  3. Ketik Simpan.

Untuk menukar penggera, ketik Edit di bahagian kiri atas, kemudian ketik waktu penggera.

Nyahaktifkan penggera biasa

Ketik butang bersebelahan waktu penggera.

Keluarkan penggera biasa

Untuk mengeluarkan penggera biasa dalam app Jam, ketik Edit di bahagian kiri atas, ketik butang Padam , kemudian ketik Padam.

Tukar penggera bangun tidur anda yang seterusnya

Penggera bangun dalam app Jam menunjukkan waktu bangun seterusnya dalam jadual tidur anda (jika anda telah menyediakan jadual tidur dalam app Kesihatan). Walaupun anda tidak melihat penggera bangun dalam Jam, anda boleh membuat perubahan pada penggera bangun selepas anda menyediakan jadual tidur.

  1. Ketik Penggera, kemudian ketik Tukar.

  2. Laraskan waktu tidur dan bangun tidur anda.

    Seret butang Bangun untuk menukar waktu bangun, butang Waktu Tidur untuk menukar waktu tidur anda, atau separuh bulatkan antara ikon untuk menganjakkan kedua-dua waktu secara serentak.

  3. Skrol ke bawah ke Pilihan Penggera untuk menukar mana-mana yang berikut:

    • Penggera Bangun: Ketik untuk menyahaktifkan atau mengaktifkan penggera.

    • Bunyi & Haptik: Ketik untuk memilih getaran atau nada dering.

    • Kelantangan penggera: Seret gelangsar.

    • Tidur: Aktifkan untuk memberikan diri anda beberapa minit lagi masa untuk tidur.

    Skrin untuk menukar penggera bangun hari esok, dengan butang untuk menyeret bagi menukar waktu tidur dan waktu bangun, butang untuk menukar jadual tidur dalam app Kesihatan, serta butang untuk menyahaktifkan atau mengaktifkan penggera Bangun.

Untuk membuat perubahan pada jadual tidur anda yang dilanjutkan melebihi penggera bangun anda yang seterusnya, ketik Edit Jadual Tidur dalam Kesihatan. (Lihat Tambah atau tukar jadual tidur dalam Kesihatan pada iPhone).

Nyahaktifkan penggera bangun tidur anda yang seterusnya

Anda boleh menyahaktifkan penggera bangun tidur anda yang seterusnya dalam jadual tidur anda, atau anda boleh menyahaktifkan semua penggera bangun untuk jadual tidur.

  1. Ketik Penggera, kemudian ketik Tukar.

  2. Skrol le bawah ke Pilihan Penggera, kemudian nyahaktifkan Penggera Bangun.

  3. Ketik Selesai, kemudian pilih satu daripada berikut:

    • Tukar Penggera Seterusnya Sahaja

    • Tukar Jadual Ini

Keluarkan penggera bangun

Anda boleh mengeluarkan penggera bangun dengan memadamkan atau menyahaktifkan jadual tidur anda.

Lakukan salah satu daripada berikut:

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.