Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar kesan beranimasi dalam Mesej pada iPhone

Dalam app Mesej , anda boleh menganimasikan mesej tunggal dengan kesan gelembung atau isi keseluruhan skrin mesej dengan kesan skrin penuh (sebagai contoh, belon atau konfeti). Anda juga boleh menghantar mesej peribadi dengan dakwat halimunan yang kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.

Anda memerlukan iMessage untuk menghantar dan menerima kesan mesej. Lihat Perihal iMessage dan SMS/MMS.

Hantar mesej tulisan tangan

Gunakan jari anda untuk menulis mesej. Penerima melihat mesej dianimasi, sama seperti dakwat yang mengalir di atas kertas.

  1. Dalam perbualan, putar iPhone ke orientasi landskap.

  2. Ketik butang Tulisan Tangan pada papan kekunci.

  3. Tulis mesej dengan jari anda atau pilih mesej disimpan di bahagian bawah, kemudian ketik Selesai.

  4. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej anda atau butang Keluarkan untuk membatalkannya.

    Skrin tulisan tangan dengan mesej tulisan tangan. Di sepanjang bahagian bawah, dari kiri ke kanan, ialah mesej disimpan dan butang Tunjukkan Papan Kekunci.

Selepas anda mencipta dan menghantar mesej tulisan tangan, mesej disimpan di bahagian bawah skrin tulisan tangan. Untuk menggunakan mesej disimpan lagi, ketiknya. Untuk memadam mesej disimpan, sentuh dan tahan ia sehingga mesej bergoyang, kemudian ketik butang Padam Mesej.

Gunakan kesan gelembung

Gunakan kesan gelembung untuk menganimasikan gelembung mesej.

  1. Dalam perbualan baru atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.

  2. Sentuh dan tahan butang Hantar, kemudian ketik titik kelabu untuk mempratonton kesan gelembung berlainan.

    Petua: Mahu menghantar mesej peribadi? Apabila anda menghantar dakwat halimunan, mesej kekal kabur sehingga penerima meleret untuk mendedahkannya.

  3. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej atau butang Keluarkan untuk membatalkan.

    Pratonton mesej dengan kesan dakwat halimunan. Di sepanjang sebelah kanan, ketik kawalan untuk mempratonton kesan gelembung lain. Ketik kawalan yang sama lagi untuk menghantar, atau ketik butang Batal di bawah untuk kembali ke mesej anda.

Gunakan kesan skrin penuh

Gunakan kesan skrin penuh untuk menganimasikan skrin mesej.

  1. Dalam perbualan baru atau sedia ada, taipkan mesej atau masukkan foto atau Memoji.

  2. Sentuh dan tahan butang Hantar, kemudian ketik Skrin.

  3. Leret ke kiri untuk mempratonton kesan skrin berlainan.

  4. Ketik butang Hantar untuk menghantar mesej atau butang Keluarkan untuk membatalkan.

    Pratonton mesej menunjukkan kesan skrin penuh dengan hati merah.

Mesej menggunakan kesan skrin yang berikut secara automatik untuk rentetan teks tertentu:

  • Belon untuk “Selamat hari lahir”

  • Konfeti untuk “Tahniah”

  • Bunga api untuk “Selamat tahun baru”

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.