Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah atau keluarkan rakan dalam Cari pada iPhone

Dalam app Cari , setelah anda berkongsi lokasi anda dengan rakan, anda boleh meminta untuk melihat lokasi mereka pada peta.

Minta untuk melihat lokasi rakan

  1. Ketik Orang, kemudian ketik nama orang yang lokasinya anda mahu lihat.

    Jika anda tidak melihat orang dalam senarai, pastikan anda berkongsi lokasi anda dengan mereka.

  2. Ketik Minta untuk Mengikuti Lokasi.

Selepas rakan anda mendapat dan menerima permintaan, anda boleh melihat lokasi mereka.

Keluarkan rakan

Apabila anda mengeluarkan rakan, orang itu dikeluarkan daripada senarai Orang anda dan anda dikeluarkan daripada senarainya.

  1. Ketik Orang, kemudian ketik nama orang yang anda mahu keluarkan.

  2. Ketik Keluarkan [nama], kemudian ketik Keluarkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.