Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat ringkasan Masa Skrin anda pada iPhone

Masa Skrin menunjukkan cara anda menggunakan iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda—termasuk app dan tapak web yang anda luangkan masa, kekerapan anda mengangkat peranti anda dan banyak lagi. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk membantu anda membuat keputusan tentang mengurus masa yang anda luangkan pada peranti. Anda boleh mengesetkan peruntukan dan had untuk menggunakan app dan tapak web tertentu, menghalang akses ke muzik dan kandungan web eksplisit dan banyak lagi.

Apabila anda menyediakan Masa Skrin, ia mula membina perihalan untuk penggunaan peranti anda, termasuklah:

  • Jumlah masa yang anda luangkan menggunakan app mengikut kategori (rangkaian sosial, hiburan, pembacaan dan seterusnya)

  • Pecahan penggunaan app anda mengikut masa dalam hari

  • Jumlah masa yang anda luangkan menggunakan setiap app dan app yang anda gunakan melebihi had masa anda

  • Gambaran keseluruhan jenis pemberitahuan yang anda dapat dan app yang menghantar paling banyak pemberitahuan kepada anda

  • Kekerapan anda mengangkat peranti anda dan app yang anda gunakan—iaitu, kekerapan setiap app yang pertama digunakan selepas mengangkat peranti. Anda boleh mengetik setiap app dalam ringkasan Masa Skrin ada untuk melihat maklumat lanjut tentang penggunaannya.

Apabila Masa Skrin disediakan, anda boleh melihat ringkasan anda dalam Seting  > Masa Skrin > Lihat Semua Aktiviti. Anda boleh melihat ringkasan penggunaan peranti anda untuk hari semasa atau minggu lepas.

Laporan mingguan Masa Skrin, menunjukkan jumlah masa yang diluangkan pada jumlah app, mengikut kategori dan mengikut app.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.