Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan paparan dan saiz teks pada iPhone

Jika anda buta warna atau mempunyai masalah penglihatan lain, anda boleh menyesuaikan seting paparan untuk menjadikan skrin lebih mudah dilihat.

Gunakan penyesuaian paparan

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks.

  2. Laraskan mana-mana yang berikut:

    • Teks Tebal: Paparkan teks dalam aksara tebal.

    • Teks Lebih Besar: Aktifkan Saiz Kebolehcapaian Lebih Besar, kemudian laraskan saiz teks menggunakan gelangsar Saiz Fon.

      Seting ini melaras ke saiz teks dipilih anda dalam app yang menyokong Jenis Dinamik, seperti Seting, Kalendar, Kenalan, Mail, Mesej dan Nota.

    • Bentuk Butang: Seting ini menggaris bawah teks yang anda boleh ketik.

    • Label Aktif/Tidak Aktif: Seting ini menunjukkan suis yang dihidupkan dengan “1” dan suis yang dimatikan dengan “0”.

    • Kurangkan Kelutsinaran: Seting ini mengurangkan kelutsinaran dan mengaburkan sesetengah latar belakang.

    • Tingkatkan Kontras: Seting ini meningkatkan kontras dan kebolehbacaan dengan mengubah warna dan penggayaan teks.

      App yang menyokong Jenis Dinamik—seperti Seting, Kalendar, Kenalan, Mail, Mesej dan Nota—dilaraskan ke saiz teks pilihan anda.

    • Membezakan Tanpa Warna: Seting ini menggantikan item antara muka penguna yang bergantung pada warna untuk menyampaikan maklumat dengan alternatif.

    • Pilih Terbalikkan Pintar atau Terbalikkan Klasik: Terbalikkan Warna Pintar membalikkan warna paparan, kecuali imej, media dan sesetengah app yang menggunakan gaya warna gelap.

    • Penapis Warna: Ketik penapis untuk menggunakannya. Untuk melaraskan keamatan dan rona, seret gelangsar.

    • Kurangkan Titik Putih: Seting ini mengurangkan keamatan warna terang.

    • Kecerahan Auto: Seting ini melaraskan kecerahan skrin secara automatik untuk keadaan cahaya semasa menggunakan sensor cahaya ambien terbina dalam.

Anda juga boleh menggunakan kesan ini hanya pada kandungan dalam tetingkap zum. Lihat Zum masuk pada skrin iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.