Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan dan dengar peranti Bluetooth pada iPhone

Menggunakan sambungan Bluetooth, anda boleh mendengar iPhone pada fon kepala wayarles, speaker, kit kereta pihak ketiga dan banyak lagi.

AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran dan mengelakkan gangguan perhatian yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.

Pasangkan peranti Bluetooth

  1. Ikut arahan yang datang bersama peranti untuk meletaknya dalam mod penemuan.

    Nota: Untuk memasangkan AirPods, lihat Sediakan AirPods dengan iPhone.

  2. Pada iPhone, pergi ke Seting  > Bluetooth, aktifkan Bluetooth, kemudian ketik nama peranti.

iPhone mesti berada dalam lingkungan 33 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth.

Kelaskan peranti Bluetooth anda

Jika anda mendengar audio fon kepala cukup lama pada kelantangan yang boleh menjejaskan pendengaran, anda boleh mendapatkan pemberitahuan dan menjadikan kelantangan diturunkan secara automatik bagi melindungi pendengaran anda. Untuk membantu meningkatkan ketepatan ukuran audio fon kepala bagi peranti Bluetooth pihak ketiga, anda seharusnya mengelaskan peranti sebagai fon kepala, speaker, atau jenis lain (iOS 14.4 atau lebih baru).

  1. Pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian ketik butang Tindakan Tersedia bersebelahan nama peranti.

  2. Ketik Jenis Peranti, kemudian pilih pengelasan.

Pintaskan peranti Bluetooth anda untuk panggilan

Untuk menggunakan penerima atau speaker iPhone untuk panggilan, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Jawab panggilan dengan mengetik skrin iPhone.

  • Semasa panggilan, ketik Audio, kemudian pilih iPhone atau Telefon Speaker.

  • Matikan peranti Bluetooth, batalkan berpasangan atau bergerak ke luar liputan.

  • Pergi ke Seting , ketik Bluetooth, kemudian nyahaktifkan Bluetooth.

Main audio daripada iPhone pada peranti audio Bluetooth

  1. Pada iPhone anda, buka app audio, seperti Muzik, kemudian pilih item untuk dimainkan.

  2. Ketik butang Destinasi Main Balik, kemudian pilih peranti Bluetooth anda.

    Semasa audio dimainkan, anda boleh menukar destinasi main balik pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan.

Destinasi main balik kembali ke iPhone jika anda mengalihkan peranti keluar daripada julat Bluetooth.

Nyahpasangkan peranti Bluetooth

Pergi ke Seting  > Bluetooth, ketik butang Tindakan Tersedia bersebelahan nama peranti, kemudian ketik Lupakan Peranti Ini.

Jika anda tidak dapat melihat senarai Peranti, pastikan Bluetooth diaktifkan.

Jika anda mempunyai AirPods dan anda mengetik Lupakan Peranti Ini, ia dikeluarkan secara automatik daripada peranti lain yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.

Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth

Untuk memutuskan sambungan daripada semua peranti Bluetooth dengan cepat tanpa menyahaktifkan Bluetooth, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Bluetooth.

Untuk mengetahui tentang seting privasi Bluetooth pada iPhone, lihat artikel Sokongan Apple Jika app mahu menggunakan Bluetooth pada peranti anda. Jika anda menghadapi masalah menyambungkan peranti Bluetooth, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyambungkan aksesori Bluetooth ke iPhone, iPad, atau iPod touch anda.

Nota: Penggunaan aksesori tertentu dengan iPhone mungkin menjejaskan prestasi wayarles. Bukan semua aksesori iOS serasi sepenuhnya dengan iPhone. Mengaktifkan mod pesawat boleh mencegah gangguan audio antara iPhone dan aksesori. Mengubah orientasi atau menempatkan semula iPhone dan aksesori bersambung boleh meningkatkan prestasi wayarles.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.