Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kad pemvaksinan COVID-19 dalam Wallet pada iPhone

Jika anda menambahkan rekod pemvaksinan COVID-19 yang boleh disahkan (tersedia di sesetengah negara dan rantau) dalam app Kesihatan , anda boleh menunjukkan kad pemvaksinan dalam app Wallet dengan cepat.

Tambah kad pemvaksinan ke Wallet

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Muat turun rekod pemvaksinan COVID-19 yang boleh disahkan daripada penyedia atau pihak berkuasa penjagaan kesihatan yang mengambil bahagian, kemudian ketik Tambah ke Wallet & Kesihatan.

  • Jika anda telah pun mempunyai rekod pemvaksinan COVID-19 yang boleh disahkan daripada penyedia atau pihak berkuasa penjagaan kesihatan yang disokong dalam app Kesihatan, ketik rekod, kemudian ketik Tambah ke Wallet.

Nota: Jika anda mempunyai Apple Watch dipasangkan ke iPhone anda, kad pemvaksinan juga ditambahkan dan boleh diakses daripada Apple Watch anda (watchOS 8 dan lebih baharu). Lihat Gunakan kad pemvaksinan dalam Wallet pada Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch.

Pamerkan kad pemvaksinan

  1. Dwiklik butang sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau dwiklik butang Utama (pada model iPhone lain).

  2. Dalam tindanan Wallet, ketik kad pemvaksinan. Jika digesa, sahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.

    Nota: Kad pemvaksinan anda mungkin mengandungi maklumat sensitif seperti tarikh lahir anda. Untuk menyemak maklumat yang disimpan pada kad anda, ketik butang Lagi.

    Kad pemvaksinan dalam app Wallet.
  3. Tunjukkan kod QR kepada pembaca. Anda mungkin diminta untuk mengesahkan identiti anda dengan menunjukkan ID foto seperti lesen memandu anda.

Uruskan atau keluarkan kad pemvaksinan

Ketik kad pemvaksinan, ketik butang Lagi, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

  • Lihat butang imunisasi: Ketik Buka untuk melihat maklumat dalam app Kesihatan .

  • Keluarkan kad: Ketik Keluarkan Pas.

    Nota: Mengeluarkan kad pemvaksinan daripada Wallet tidak mengeluarkan rekod pemvaksinan yang sepadan daripada app Kesihatan. Namun, jika anda mempunyai Apple Watch dipasangkan ke iPhone anda, kad pemvaksinan juga dikeluarkan daripada Apple Watch anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.