Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lukis dalam app dengan Penanda pada iPhone

Dalam app disokong seperti Mail, Mesej, Nota, Foto dan Buku, anda boleh menganotasikan foto, gambar skrin, PDF dan banyak lagi menggunakan alat lukisan terbina dalam.

Petua: Anda juga boleh menulis dan melakar menggunakan alat lukisan dalam app Freeform.

Diagram bina semula dapur ditandakan dalam app Nota. Bar alat Penanda dengan alat lukisan dan pemilih warna kelihatan di bahagian bawah skrin. Menu dengan pilihan untuk menambah teks, perihalan, tandatangan, kanta pembesar dan bentuk kelihatan di penjuru kanan bawah.

Lukis dengan Penanda

  1. Dalam app disokong, ketik butang Tunjukkan Alat Tulisan Tangan atau Penanda.

  2. Dalam bar alat Penanda, ketik alat pen, penanda, atau pensel, kemudian tulis atau lukis dengan jari anda.

  3. Untuk menyembunyikan bar alat Penanda, ketik butang Tunjukkan Alat Tulisan Tangan atau Selesai.

Semasa melukis, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Tukar ketebalan garis: Ketik alat lukisan dipilih dalam bar alat, kemudian pilih pilihan.

  • Tukar kelegapan: Ketik alat lukisan dipilih dalam bar alat, kemudian seret gelangsar.

  • Tukar warna: Ketik butang Pemilih Warna dalam bar alat, kemudian pilih warna.

  • Buat asal kesilapan: Ketik butang Buat Asal.

  • Lukis garisan lurus: Ketik alat pembaris dalam bar alat, kemudian lukis garisan di sepanjang pinggir pembaris.

    • Untuk menukar sudut pembaris, sentuh dan tahan pembaris dengan dua jari, kemudian putarkan jari anda.

    • Untuk mengalihkan pembaris tanpa menukar sudutnya, seretnya dengan satu jari.

    • Untuk menyembunyikan pembaris, ketik alat pembaris dalam bar alat lagi.

Padamkan kesilapan

Ketik alat pemadam dalam bar alat Penanda dalam app disokong, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • Padam dengan pemadam piksel: Gosok di atas kesilapan dengan jari anda.

  • Padam dengan pemadam objek: Sentuh objek dengan jari anda.

  • Bertukar antara pemadam piksel dan objek: Ketik alat pemadam lagi, kemudian pilih Pemadam Piksel atau Pemadam Objek.

Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik butang Tunjukkan Alat Tulisan Tangan atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.

Alihkan unsur lukisan anda

  1. Dalam bar alat Penanda, ketik alat laso (antara alat pemadam dan pembaris), kemudian seret di sekitar unsur untuk membuat pilihan.

    Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda dalam app disokong, ketik butang Tunjukkan Alat Tulisan Tangan atau Penanda. Jika bar alat diminimumkan, ketik versinya yang diminimumkan.

  2. Angkat jari anda, kemudian seret pilihan anda ke lokasi baharu.

Petua: Untuk menandakan gambar skrin sejurus selepas anda mengambilnya, ketik imej kecil yang kelihatan untuk beberapa saat di penjuru kiri bawah skrin. (Untuk berkongsi gambar skrin selepas anda tandakannya, ketik butang Kongsi.)

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.