Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Jadikan iPhone milik anda

Anda boleh menyesuaikan iPhone anda mengikut minat dan keutamaan anda sendiri. Sesuaikan Skrin Kunci anda, tukar bunyi dan getaran untuk panggilan dan mesej, jadikan ciri seperti lampu suluh dan kalkulator senang dicapai, laraskan saiz teks dan banyak lagi.

Pusat Kawalan iPhone

Jadikan ciri kegemaran anda senang dicapai

Sesetengah ciri iPhone—seperti lampu suluh, pemasa, atau kalkulator—hanya satu leret daripada Pusat Kawalan. Untuk membuka Pusat Kawalan pada iPhone dengan Face ID dengan cepat, leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas; pada iPhone dengan butang Utama, leret ke atas dari bahagian bawah skrin.

Anda boleh menambah ciri lain—seperti penggera atau kanta pembesar—ke Pusat Kawalan dalam Seting  > Pusat Kawalan.

Skrin Tambah Hias Latar Baharu menunjukkan galeri pilihan latar belakang untuk menyesuaikan Skrin Kunci iPhone, dalam kategori seperti Ditampilkan, Foto Dicadangkan dan Rombakan Foto. Di bahagian atas ialah butang untuk menambah foto, orang, rombakan foto, emoji dan latar belakang skrin cuaca ke Skrin Kunci.

Peribadikan Skrin Kunci anda

Anda boleh mempamerkan foto kegemaran, menambah penapis dan widget, serta menukar fon tarikh dan masa.

Untuk bermula, sentuh dan tahan Skrin Kunci, kemudian ketik butang Tambah Baharu di bahagian bawah skrin. Layari galeri pilihan, kemudian ketik salah satu untuk menyesuaikan penampilannya. Apabila anda telah mencipta Skrin Kunci yang anda gemari, ketik Tambah, kemudian Setkan sebagai Pasangan Hias Latar.

Widget dalam galeri widget iPhone, termasuk widget Foto, Kalendar dan Cuaca.

Tambah widget ke Skrin Utama anda

Widget membolehkan anda melihat maklumat yang paling penting kepada anda dengan mudah, seperti cuaca semasa dan peristiwa kalendar akan datang.

Untuk menambah widget, sentuh dan tahan latar belakang pada mana-mana halaman Skrin Utama sehingga app bergoyang, kemudian ketik butang Tambah Widget.

Skrin Bunyi dan Haptik dalam Seting. Pilihan atas skrin dari atas ke bawah ialah Audio Fon Kepala dan Keselamatan Fon Kepala, Nada Dering dan Kelantangan Isyarat dengan gelangsar untuk melaraskan kelantangan dan pilihan untuk menukar kelantangan dengan butang, serta Corak Bunyi dan Haptik termasuk Nada Dering dan Nada Teks.

Pilih bunyi dan getaran

iPhone boleh memainkan bunyi dan getaran yang berbeza untuk panggilan telefon, mesej teks, isyarat kalendar dan pemberitahuan lain.

Pergi ke Seting  > Bunyi & Haptik (atau Bunyi, pada sesetengah model iPhone). Anda juga boleh menukar bunyi yang iPhone mainkan untuk sesetengah orang; dalam app Kenalan , ketik nama orang, ketik Edit, kemudian ketik Nada Dering atau Nada Teks.

Skrin Kebolehcapaian dalam Seting menunjukkan ciri terbina dalam berikut, daripada atas ke bawah: Ciri Penglihatan menampilkan VoiceOver, Zum, Paparan dan Saiz Teks, Pergerakan, Kandungan Dituturkan, Perihalan Audio serta ciri Fizikal dan Motor termasuk Touch dan Face ID serta Perhatian.

Gunakan ciri kebolehcapaian terbina dalam

iPhone menyediakan banyak ciri kebolehcapaian untuk menyokong keperluan penglihatan, fizikal dan motor, pendengaran dan pembelajaran anda. Tukar saiz teks, jadikan ia lebih mudah untuk menggunakan skrin sentuh, kawal iPhone anda dengan hanya suara anda dan banyak lagi.

Untuk menyesuaikan seting ini, pergi ke Seting  > Kebolehcapaian.

Skrin Privasi dan Keselamatan dalam Seting.

Semak seting privasi

iPhone direka bentuk untuk melindungi privasi dan maklumat anda. Anda boleh memberikan atau menolak keizinan app untuk menjejak aktiviti anda merentas app dan tapak web syarikat lain. Anda juga boleh menggunakan Semak Keselamatan untuk menyemak dan mengemas kini orang serta app yang mempunyai akses kepada maklumat anda. Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan, kemudian ketik Penjejakan atau Semak Keselamatan.

Mahu mengetahui lebih lanjut? Lihat, Cipta Skrin Kunci tersuai iPhone, Tambah widget pada iPhone, Bermula dengan ciri kebolehcapaian pada iPhone dan Gunakan perlindungan privasi dan keselamatan terbina dalam iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.