Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Jejak perbualan dalam Mesej pada iPhone

Dalam app Mesej , anda boleh menandakan mesej sebagai belum dibaca dan pin atau nyahpin perbualan untuk mengutamakan mesej dalam senarai Mesej.

Tandakan mesej sebagai belum dibaca

Anda boleh menandakan perbualan sebagai belum dibaca supaya anda boleh kembali kepadanya apabila anda mempunyai masa untuk membalas.

Dalam senarai Mesej, leret ke kanan pada perbualan untuk menandakannya sebagai belum dibaca. Atau seret ke kanan dan ketik butang Tandakan sebagai Belum Dibaca.

Petua: Anda juga boleh menandakan beberapa mesej sebagai belum dibaca sekali gus. Ketik Edit atau butang Lagi, ketik Pilih Mesej, pilih perbualan yang anda mahu tandakan sebagai belum dibaca, kemudian ketik Belum Dibaca di penjuru kiri bawah.

Lihat senarai mesej belum dibaca anda

Untuk melihat senarai mesej anda yang belum dibaca, anda mestilah menyediakan penapisan mesej terlebih dahulu.

  1. Pergi ke Seting  > Mesej.

  2. Skrol ke bawah ke Penapisan Mesej, kemudian aktifkan Tapis Pengirim Tak Dikenali.

  3. Dalam senarai perbualan Mesej, ketik Penapis, kemudian ketik Mesej Belum Dibaca.

Pin perbualan

Anda boleh mengepin perbualan tertentu ke bahagian atas senarai Mesej supaya orang yang anda hubungi sentiasa kelihatan dahulu dalam senarai.

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Leret ke kanan pada perbualan, kemudian ketik butang Pin.

  • Sentuh dan tahan perbualan, kemudian seret perbualan ke bahagian atas senarai.

Nyahpin perbualan

Anda boleh menyahpin perbualan tertentu di bahagian atas senarai Mesej.

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Sentuh dan tahan perbualan, kemudian seret mesej ke bahagian atas senarai.

  • Sentuh dan tahan perbualan, kemudian ketik butang Nyahpin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.