Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tinggalkan atau keluarkan ahli daripada kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone

Dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, pengelola keluarga boleh mengeluarkan ahli atau membubarkan kumpulan dan ahli keluarga yang bukan remaja dengan kawalan ibu bapa atau kanak-kanak boleh mengeluarkan diri mereka sendiri.

Ketahui tentang jenis ahli Perkongsian Keluarga.

Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga

Pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mengeluarkan ahli lain. Apabila ahli keluarga dikeluarkan, mereka serta-merta kehilangan akses ke langganan dikongsi dan kandungan yang dibeli oleh ahli lain.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

  2. Ketik [nama ahli], kemudian ketik Keluarkan [nama ahli] daripada Keluarga.

Anda tidak boleh mengeluarkan kanak-kanak daripada kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Namun, anda boleh mengalihkan mereka ke kumpulan lain atau memadamkan Apple ID mereka. Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan anak ke kumpulan lain menggunakan Perkongsian Keluarga.

Jika anda mengaktifkan Masa Skrin untuk anak remaja, anda perlu menyahaktifkan seting Masa Skrin sebelum anda boleh mengeluarkan mereka daripada kumpulan. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPhone.

Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga

Apabila anda meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, anda berhenti berkongsi pembelian dan langganan anda dengan ahli keluarga serta kehilangan akses serta-merta ke sebarang kandungan yang mereka kongsikan.

Nota: Pengelola tidak boleh meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga. Jika anda mahu menukar pengelola, anda mesti membubarkan kumpulan dan membuatkan orang dewasa lain mencipta kumpulan baharu.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.

  2. Ketik [nama anda], kemudian ketik Henti Menggunakan Perkongsian Keluarga.

Bubarkan kumpulan Perkongsian Keluarga

Apabila pengelola keluarga menyahaktifkan Perkongsian Keluarga, semua ahli keluarga dikeluarkan daripada kumpulan pada masa yang sama. Apabila kumpulan Perkongsian Keluarga dibubarkan, semua ahli kehilangan akses serta-merta ke sebarang kandungan dan langganan dikongsi.

Nota: Jika kanak-kanak berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, pengelola mesti mengalihkan mereka ke kumpulan lain atau memadamkan Apple ID mereka sebelum membubarkan kumpulan. Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan anak ke kumpulan lain menggunakan Perkongsian Keluarga.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga > [nama anda].

  2. Ketik Henti Menggunakan Perkongsian Keluarga.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.