Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Rencanakan teks pada iPhone

Dengan perencanaan papan kekunci pada iPhone, anda boleh merencanakan teks pada mana-mana tempat yang anda boleh taipkannya.

Pada model disokong, perencanaan teks umum (contohnya, mengarang mesej dan nota) boleh diproses pada peranti anda dalam banyak bahasa dan sambungan internet tidak diperlukan. (Perencanaan dalam medan carian diproses pada pelayan.) Apabila anda menggunakan perencanaan pada peranti, anda boleh merencanakan teks pada sebarang kepanjangan tanpa tamat masa. Anda boleh menghentikan perencanaan secara manual, atau ia berhenti secara automatik apabila anda berhenti bercakap selama 30 saat.

Jika anda perlu mengawal peranti anda menggunakan suara anda, gunakan Kawalan Suara. Lihat Gunakan Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan iPhone.

Nota: Perencanaan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau di semua negara atau rantau, serta ciri mungkin berbeza. Caj data selular mungkin dikenakan. Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Aktifkan Perencanaan

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci.

  2. Aktifkan Dayakan Perencanaan.

Rencanakan teks

  1. Ketik kekunci Rencanakan pada papan kekunci atas skrin, kemudian bercakap.

    Jika anda tidak melihat kekunci Rencanakan, pastikan Dayakan Perencanaan diaktifkan dalam Seting  > Umum > Papan Kekunci.

  2. Apabila anda selesai, ketik kekunci Papan Kekunci.

    Papan kekunci atas skrin menunjukkan kekunci Rencanakan (di penjuru kanan bawah), yang anda boleh ketik untuk mula merencanakan teks.

Untuk memasukkan teks dengan merencanakan, ketik untuk menempatkan titik pemasukan yang anda mahu masukkan teks, ketik kekunci Rencanakan, kemudian sebut. Anda juga boleh menggantikan teks yang dipilih melalui perencanaan.

Tambah tanda baca atau formatkan teks

Semasa merencanakan teks, sebut tanda baca atau pemformatan.

Contohnya, “Mary koma cek dalam mel tanda seru” menjadi “Mary, cek dalam mel!” Arahan tanda baca dan pemformatan termasuk yang berikut:

  • noktah

  • koma

  • tanda seruan

  • tanda soal

  • tanda dolar

  • buka kurungan … tutup kurungan

  • pembuka kata … penutup kata

  • perenggan baharu

  • baris baharu

  • noktah bertindih

  • koma bertitik

  • kapital—untuk menjadikan perkataan seterusnya huruf besar

  • mula kapital … tamat kapital—untuk menjadikan aksara pertama setiap perkataan huruf besar

  • kapital semua—untuk menjadikan perkataan seterusnya huruf besar sepenuhnya

  • mula semua huruf besar … tamat semua huruf besar—untuk menjadikan perkataan yang disebut huruf besar sepenuhnya

  • mula huruf kecil … tamat huruf kecil—untuk menjadikan perkataan yang disebut huruf kecil sepenuhnya

  • tanpa ruang—untuk membuang ruang antara dua perkataan (tidak tersedia untuk semua bahasa)

  • mula tanpa ruang … tamat tanpa ruang—untuk melaksanakan satu siri perkataan bersama-sama (tidak tersedia untuk semua bahasa)

  • emotikon gembira—untuk menyelitkan :-)

  • emotikon sedih—untuk menyelitkan :-(

  • emotikon kerling—untuk menyelitkan ;-)

  • hash tag

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.