Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan info trafik dan cuaca dalam Peta pada iPhone

Ketahui tentang keadaan trafik

  1. Dengan peta ditunjukkan, ketik butang di bahagian atas kanan, pilih Memandu atau Satelit, kemudian ketik butang Tutup.

    Oren menandakan kenderaan perlahan dan merah menandakan trafik berhenti-henti.

  2. Untuk mendapatkan laporan insiden, ketik penanda insiden.

    Penanda menunjukkan insiden seperti bahaya , penutupan jalan , pembinaan jalan , kemalangan dan banyak lagi.

Anda juga boleh melaporkan insiden trafik.

Nota: Ciri dan maklumat trafik tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Ketahui lanjut tentang cuaca dan kualiti udara

Zum masuk pada peta sehingga ikon cuaca kelihatan di penjuru kanan bawah; ikon menunjukkan keadaan semasa untuk kawasan itu. Di sesetengah rantau, indeks kualiti udara (AQI) juga kelihatan di penjuru kanan bawah.

Untuk mendapatkan ramalan setiap jam, sentuh dan tahan ikon cuaca. Tekan ramalan setiap jam untuk mendapatkan ramalan cuaca berbilang hari dalam app Cuaca.

Jika anda tidak mahu mendapatkan maklumat cuaca atau indeks kualiti udara dalam Peta, pergi ke Seting  > Peta, kemudian nyahaktifkan Keadaan Cuaca atau Indeks Kualiti Udara.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.