Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil foto Apple ProRAW dengan kamera iPhone anda

Pada iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, anda boleh menggunakan Kamera untuk mengambil foto dalam Apple ProRAW. Apple ProRAW menggabungkan maklumat format RAW standard dengan pemprosesan imej iPhone untuk menawarkan kawalan kreatif tambahan semasa anda membuat pelarasan kepada pendedahan, warna dan imbangan putih.

Apple ProRAW tersedia pada semua kamera, termasuk kamera depan. Apple ProRAW tidak disokong dalam mod Potret.

Skrin Kamera dalam mod Foto. Butang untuk denyar dan mod Malam kelihatan di penjuru kiri atas skrin. Butang Denyar dan butang mod Malam tidak aktif. Butang Kawalan Kamera berada di bahagian tengah atas dan butang ProRAW serta butang Live Photo berada di penjuru kanan atas. Butang ProRAW aktif dan butang Live Photo tidak aktif. Di bahagian bawah skrin ialah, dari kiri ke kanan, butang Pemapar Foto dan Video, butang Ambil Gambar dan butang Pemilih Kamera Pandang Belakang.

Sediakan Apple ProRAW

Untuk menyediakan Apple ProRAW pada model disokong, pergi ke Seting  > Kamera > Format, kemudian aktifkan Apple ProRAW.

Nota: Foto Apple ProRAW mengekalkan lebih maklumat tentang imej, menghasilkan saiz fail yang lebih besar.

Ambil foto dengan Apple ProRAW

  1. Buka Kamera, kemudian ketik butang Raw Tidak Aktif untuk mengaktifkan ProRAW.

  2. Ambil syot anda.

    Semasa anda menangkap, anda boleh menogol antara butang Raw Aktif dan butang Raw Tidak Aktif untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ProRAW.

    Pada iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, anda boleh mengekalkan seting ProRAW anda. Pergi ke Seting > Kamera> Kekalkan Seting, kemudian aktifkan Apple ProRAW.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ProRAW, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Apple ProRAW.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.