Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambahkan dan keluarkan akaun e-mel pada iPhone

Dalam app Mail , anda boleh menambahkan akaun e-mel untuk menghantar dan menerima e-mel, serta mengeluarkan akaun e-mel yang anda tidak lagi perlukan.

Tambah akaun e-mel

Kali pertama anda membuka app Mail pada iPhone, anda mungkin diminta untuk menyediakan akaun e-mel—hanya ikuti arahan atas skrin.

Untuk menambah akaun e-mel tambahan, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke Seting  > Mail > Akaun > Tambah Akaun.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik perkhidmatan e-mel—contohnya, iCloud atau Microsoft Exchange—kemudian masukkan maklumat akaun e-mel anda.

    • Ketik Lain, ketik Tambah Akaun Mail, kemudian masukkan maklumat akaun e-mel anda.

Keluarkan akaun e-mel

  1. Pergi ke Seting  > Mail > Akaun.

  2. Ketik akaun e-mel yang anda mahu keluarkan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Jika anda mengeluarkan akaun e-mel iCloud: Ketik iCloud, ketik Mail iCloud, kemudian nyahaktifkan Mail iCloud.

    • Jika anda mengeluarkan akaun e-mel lain: Nyahaktifkan Mail.

      Nota: Untuk mengeluarkan akaun e-mel daripada semua app pada iPhone anda, ketik Padam Akaun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.