Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kenal pasti bunyi menggunakan iPhone

iPhone anda boleh berterusan mendengar bunyi tertentu—seperti bayi menangis, loceng pintu, atau siren—dan memaklumkan anda apabila ia mengenal pasti bunyi ini.

Nota: Jangan bergantung pada iPhone anda untuk mengenal pasti bunyi dalam keadaan apabila anda mungkin menghadapi bahaya atau kecederaan, dalam situasi risiko tinggi atau kecemasan, atau untuk navigasi.

Sediakan Pengecaman Bunyi

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Pengecaman Bunyi, kemudian aktifkan Pengecaman Bunyi.

  2. Ketik Bunyi, kemudian aktifkan bunyi yang anda mahu iPhone kenal pasti.

Petua: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Pengecaman Bunyi dengan cepat, gunakan Pusat Kawalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.