Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Senyapkan iPhone

Dengan menekan butang atau membalikkan suis, anda boleh menyenyapkan iPhone anda dengan cepat.

Aktifkan atau nyahaktifkan mod Senyap

Apabila mod Senyap aktif, iPhone tidak berdering atau memainkan isyarat atau kesan bunyi lain (namun iPhone masih akan bergetar). Apabila mod Senyap tak aktif, iPhone memainkan semua bunyi.

  • Pada model dengan butang Tindakan: Pergi ke Seting  > Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan mod Senyap.

    Anda juga boleh mengkonfigurasikan butang Tindakan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Senyap, selain daripada fungsi lain. Lihat Gunakan dan sesuaikan butang Tindakan pada iPhone.

  • Pada model lain: Balikkan suis Dering/Senyap ke belakang iPhone anda untuk mengaktifkan mod Senyap. Balikkannya ke depan untuk menyahaktifkan mod Senyap.

Penting: Penggera jam, app audio seperti Muzik dan banyak permainan memainkan bunyi menerusi speaker terbina dalam apabila mod Senyap aktif. Di sesetengah negara atau rantau, kesan bunyi untuk Kamera, Memo Suara dan Isyarat Kecemasan dimainkan, walaupun apabila suis Dering/Senyap disetkan ke senyap.

Senyapkan iPhone dengan mengaktifkan Jangan Ganggu

Anda boleh menyenyapkan panggilan, isyarat dan pemberitahuan buat sementara dengan mengaktifkan Jangan Ganggu.

  1. Buka Pusat Kawalan.

  2. Ketik Fokus, kemudian ketik Jangan Ganggu.

    Apabila Jangan Ganggu diaktifkan, anda tidak akan mendengar nada dering atau nada teks untuk panggilan, teks atau pemberitahuan. Ikon Mod Pesawat juga kelihatan dalam bar status pada bahagian atas skrin.

Lihat Aktifkan atau jadualkan Fokus.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.