Ambil Live Photo semasa panggilan FaceTime pada iPhone

Apabila anda dalam panggilan video FaceTime, anda boleh mengambil Live Photo menangkap detik perbualan anda (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Kamera merakam perkara yang berlaku sejurus sebelum dan selepas anda mengambil foto, termasuk audio, supaya anda boleh lihat dan dengarnya kemudian seperti yang sebenarnya terjadi.

Nota: Pastikan Live Photo FaceTime diaktifkan dalam Seting  > App > FaceTime.

  1. Semasa panggilan video dalam app FaceTime , ketik skrin untuk menunjukkan kawalan FaceTime (jika ia tidak kelihatan).

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Semasa panggilan dengan seorang yang lain: Ketik butang Ambil Live Photo.

    • Semasa panggilan FaceTime Kumpulan: Ketik jubin orang yang anda mahu ambil gambar, kemudian ketik butang Ambil Live Photo.

Kedua-dua anda akan menerima pemberitahuan bahawa gambar telah diambil dan Live Photo disimpan dalam app Foto anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.