Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar antara app terbuka pada iPhone

Anda boleh bertukar daripada satu app terbuka kepada app yang lain pada iPhone anda dengan cepat. Apabila anda bertukar semula, anda boleh teruskan di tempat anda berhenti.

Gunakan Penukar App

  1. Untuk melihat semua app terbuka anda, lakukan satu daripada berikut:

    • Pada iPhone dengan Face ID: Leret ke atas dari bahagian bawah skrin, jeda di tengah skrin, kemudian angkat jari anda.

    • Pada iPhone dengan butang Utama: Dwiklik butang Utama.

  2. Untuk melayari app terbuka, leret ke kanan, kemudian ketik app yang anda mahu gunakan.

    Penukar App. Ikon untuk app terbuka kelihatan di bahagian atas dan skrin semasa untuk setiap app terbuka kelihatan di bawah ikonnya.

Tukar antara app dibuka

Untuk menukar antara app terbuka pada iPhone dengan Face ID, leret ke kanan di sepanjang pinggir bawah skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.