Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan perintah Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan iPhone

Selepas anda mengaktifkan Kawalan Suara pada iPhone, anda boleh menyebut perintah untuk berinteraksi dengan perkara pada skrin, melakukan gerak isyarat dan tekan butang, merencana dan mengedit teks serta banyak lagi.

Nota: Apabila Kawalan Suara diaktifkan, anda menggunakan Kawalan Suara untuk merencana teks; Perencanaan iOS standard tidak tersedia. Jika anda hanya mahu masukkan teks menggunakan Perencanaan tanpa mengawal iPhone anda dengan suara anda, lihat Rencanakan teks. Kawalan Suara tidak tersedia dalam semua bahasa. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Sediakan Kawalan Suara

Sebelum anda mengaktifkan Kawalan Suara untuk kali pertama, pastikan iPhone disambungkan ke internet melalui rangkaian Wi-Fi. Selepas iPhone menyelesaikan muat turun fail sekali daripada Apple, anda tidak memerlukan sambungan internet untuk menggunakan Kawalan Suara.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Kawalan Suara.

  2. Ketik Sediakan Kawalan Suara, kemudian ketik Teruskan untuk memulakan muat turun fail.

    Apabila muat turun selesai, ikon Kawalan Suara. Kelihatan dalam bar status untuk menandakan yang Kawalan Suara diaktifkan.

  3. Setkan pilihan seperti yang berikut:

    • Bahasa: Setkan bahasa dan muat turun bahasa untuk kegunaan luar talian.

    • Sesuaikan Perintah: Lihat perintah tersedia dan cipta perintah baharu.

    • Kosa Kata: Ajar Kawalan Suara untuk mengecam perkataan dan frasa baharu. Anda boleh memasukkan perkataan atau frasa dan mengajar Kawalan Suara cara anda menyebutnya atau import senarai kosa kata.

      Nota: Bukan semua bahasa Kawalan Suara menyokong kosa kata tersuai.

    • Tunjukkan Pengesahan: Apabila Kawalan Suara mengenali perintah, pengesahan visual kelihatan di bahagian atas skrin.

    • Mainkan Bunyi: Apabila Kawalan Suara mengenali perintah, bunyi boleh didengari dimainkan.

    • Tunjukkan Pembayang: Lihat cadangan perintah dan pembayang.

    • Tindihan: Paparkan nombor, nama, atau grid di atas unsur skrin.

    • Kesedaran Perhatian: Pada iPhone dengan Face ID, Kawalan Suara bangun apabila anda melihat iPhone dan tidur apabila anda melihat ke arah lain.

Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara

Selepas anda menyediakan Kawalan Suara, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya dengan cepat dengan melakukan mana-mana yang berikut:

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Aktifkan Kawalan Suara”. Ketahui cara menggunakan Siri.

Mula gunakan perintah

Untuk menggunakan Kawalan Suara pada iPhone anda, hanya sebut perintah.

Kawalan Suara: Sebut, sebagai contoh, “Buka Pusat Kawalan”, “Pergi rumah”, “Ketik nama item,” atau “Tingkatkan kelantangan”.

Petua: Gunakan Tutorial Kawalan Suara interaktif untuk menyesuaikan diri dengan Kawalan Suara dan berlatih perintah penting. Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara, kemudian ketik Buka Tutorial Kawalan Suara.

Jeda atau teruskan Kawalan Suara

Jeda Kawalan Suara apabila anda tidak mahu perkataan yang anda sebut ditafsirkan sebagai perintah atau perencanaan. Teruskan Kawalan Suara apabila anda sedia untuknya mendengar perintah dan perencanaan semula.

Kawalan Suara: Sebut “Berhenti mendengar” atau “Mula mendengar”.

Lihat perintah yang anda boleh gunakan

Paparkan senarai perintah tersedia yang berbeza bergantung pada app yang anda gunakan dan perkara yang anda lakukan. Contohnya, anda melihat perintah pemformatan teks semasa melihat dokumen.

Kawalan Suara: Sebut “Tunjukkan perintah”.

Untuk melayari senarai penuh perintah disokong dan melihat contoh cara menggunakannya, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara > Perintah.

Label item atas skrin

Apabila anda tidak pasti untuk memanggil sesuatu, anda boleh memaparkan nama atau nombor bersebelahan setiap item pada skrin. Kemudian, anda boleh menggunakan nama atau nombor item untuk berinteraksi dengannya.

Kawalan Suara: Sebut “Tunjukkan nama”, “Tunjukkan nombor” atau “Tunjukkan nombor teks”.

Untuk berinteraksi dengan item, sebut nama atau nombornya, atau sebut perintah—seperti “Tekan lama”—diikuti dengan nama atau nombor item. Nama atau nombor item hilang selepas anda menyebut perintah.

Tunjukkan grid bernombor pada skrin

Anda boleh menjadikannya lebih mudah untuk berinteraksi dengan kawasan skrin lebih tepat dengan menindih grid.

Kawalan Suara: Sebut “Tunjukkan grid”.

  • Berinteraksi dengan lokasi pada grid: Jika nombor berada di lokasi yang anda mahu berinteraksi, sebut sebarang perintah—seperti “Ketik”—diikuti dengan nombor grid. Grid hilang selepas anda menyebut perintah.

  • Periksa pada kawasan grid: Jika anda perlu lebih memperhalusi lokasi, sebut nombor grid untuk menunjukkan grid lebih terperinci dalam kawasan itu.

Sebut “Sembunyikan nama”, “Sembunyikan nombor” atau “Sembunyikan grid” untuk menyahaktifkan tindihan.

Masukkan teks

Apabila bekerja dalam kawasan input teks, anda boleh merencanakan perkataan demi perkataan (dalam mod Perencanaan) atau aksara demi aksara (dengan mod Ejaan). Untuk mengelakkan kesilapan memasukkan perintah Kawalan Suara sebagai teks, buatkan Kawalan Suara bertindak balas hanya kepada perintah (dengan mod Perintah).

Apabila anda berada dalam kawasan input teks dan label item atas skrin dengan nombor, nombor ditunjukkan bersebelahan setiap baris teks. Pilih baris atau bahagian lain teks untuk memaparkan nombor bagi setiap perkataan dalam pilihan; pilih perkataan tunggal untuk menunjukkan nombor bagi setiap aksara dalam perkataan. Untuk berinteraksi dengan item teks (seperti baris atau perkataan), sebut perintah diikuti dengan nama atau nombor item. Contohnya, anda boleh menyebut “Padam [nombor item]” atau “Huruf besar [nombor item].”

Perintah

Perihalan

Kawalan Suara: Sebut “Mod perencanaan”.

Rencana perkataan demi perkataan.

Sebarang perkataan yang anda sebutkan yang bukan perintah Kawalan Suara dimasukkan sebagai teks. Mod perencanaan diaktifkan secara lalai.

Dalam sesetengah bahasa Kawalan Suara, jika beberapa perkataan sepadan secara fonetik dengan perkara yang anda sebutkan, ia kelihatan atas skrin. Ketik untuk memilih perkataan yang anda mahu.

Kawalan Suara: Sebut “Mod ejaan”.

Rencana aksara demi aksara.

Mod ejaan membantu apabila anda perlu memasukkan kata laluan, alamat web atau jujukan aksara lain yang tidak akan dicam sebagai perkataan dalam mod Perencanaan.

Apabila mod Ejaan aktif, ikon Mod Ejaan kelihatan dalam kawasan input teks.

Untuk meningkatkan ketepatan apabila memasukkan huruf, anda boleh menggunakan kod perkataan abjad fonetik huruf (contohnya, sebut “Alfa Bravo Charlie” untuk memasukkan “abc”).

Nota: Mod ejaan tidak tersedia dalam semua bahasa Kawalan Suara.

Kawalan Suara: Sebut “Mod perintah”.

Kawalan Suara bertindak balas hanya kepada perintah.

Perkataan dan aksara yang bukan perintah diabaikan dan tidak dimasukkan sebagai teks. Mod Perintah berguna apabila anda perlu menyebutkan siri perintah dan mahu mengelakkan perkataan yang anda sebutkan daripada dimasukkan dalam kawasan input teks secara tidak sengaja.

Apabila mod Perintah aktif, ikon Mod Perintah kelihatan dalam kawasan input teks menandakan anda tidak boleh merencana untuk memasukkan teks.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.