Edit atau padam catatan jurnal pada iPhone

Dalam app Jurnal pada iPhone, anda boleh mengedit catatan anda, mengubah suai tarikh catatan, memadam atau memulihkan catatan dan banyak lagi.

Edit catatan jurnal

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Pilih jurnal atau ketik Semua Catatan.

  3. Leret ke kiri pada catatan, kemudian ketik butang Edit.

Tambah catatan yang sama untuk berbilang jurnal

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Pilih jurnal atau ketik Semua Catatan.

  3. Ketik butang Lagi di bawah catatan, kemudian ketik Pilih Jurnal.

Keluarkan atau tambah tajuk

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Semasa mengarang catatan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Tajuk atau Tambah Tajuk.

Edit tarikh catatan

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Semasa mengarang catatan, leret ke bawah untuk menunjukkan tarikh catatan, kemudian ketik tarikh untuk mengeditnya.

Padam catatan jurnal

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Pilih jurnal atau ketik Semua Catatan.

  3. Leret ke kiri pada catatan, kemudian ketik butang Padam.

    Catatan dipadam disimpan selama 30 hari.

  4. Untuk memadamkan berbilang catatan, ketik butang Lagi di bahagian atas skrin, ketik Pilih Catatan, pilih catatan yang anda mahu padam, kemudian ketik butang Padam.

Pulihkan catatan jurnal

Anda boleh memulihkan catatan yang dipadamkan sehingga 30 hari.

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Ketik Terbaru Dipadam. Anda mungkin perlu mengetik butang Kembali ke Jurnal terlebih dahulu.

  3. Ketik butang Lagi di bawah catatan, kemudian ketik Pulihkan.

  4. Untuk memulihkan berbilang catatan, ketik Pilih, ketik catatan yang anda mahu pulihkan, kemudian ketik butang Pulihkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.