Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari foto dan video mengikut tarikh pada iPhone

Anda boleh mencari dan melayari foto dan video yang diambil pada tarikh tertentu—tahun, bulan atau hari.

Lihat foto dan video yang anda ambil pada hari terbaru

Anda boleh mencari foto dan video yang anda ambil pada hari tertentu dalam koleksi Hari Terbaru.

App Foto menunjukkan koleksi foto yang diambil pada hari tertentu.
  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian skrol ke bawah ke Hari Terbaru.

  3. Leret kiri atau kanan untuk beralih antara hari dengan cepat atau ketik Hari Terbaru untuk melihat semua.

  4. Ketik hari untuk membuka koleksi.

Apabila anda membuka hari dalam Hari Terbaru, anda boleh melihat ringkasan foto terbaik daripada hari tersebut. Untuk melihat semua foto yang anda ambil pada hari tersebut, ketik Tunjukkan Semua.

Layari menerusi pustaka anda mengikut tahun atau bulan

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Leret bawah pada grid pustaka foto, kemudian ketik salah satu pilihan berikut:

    • Tahun: Cari tahun tertentu dalam pustaka foto anda dengan cepat.

    • Bulan: Lihat koleksi foto yang anda ambil sepanjang bulan, disusun mengikut peristiwa penting—seperti persiaran keluarga, peristiwa sosial, majlis hari lahir, atau perjalanan.

Paparan Tahun dan Bulan diurus untuk menunjukkan tangkapan terbaik anda dan serakan visual seperti foto yang serupa, gambar skrin, papan putih dan resit tidak ditunjukkan. Untuk melihat setiap foto dan video, ketik Semua.

Anda juga boleh mencari tarikh tertentu. Lihat Cari foto dan video.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.