Lihat dan urus Tempat Dilawati dalam Peta pada iPhone

Ciri Tempat Dilawati membantu anda menjejaki tempat yang anda telah lawati, supaya anda boleh melawat semula atau berkongsinya kemudian dengan mudah. Gunakannya untuk mencari tempat sebelum ini—seperti restoran daripada perjalanan terbaru—dan menyusunnya menjadi panduan dan berkongsinya dengan orang lain. Tempat Dilawati disulitkan hujung ke hujung, tidak boleh dibaca oleh Apple dan kelihatan pada semua peranti anda yang diselaraskan.

Nota: Tempat Dilawati tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Skrin Tempat Dilawati dalam app Peta. Kad pada skrin menyenaraikan kategori tempat yang anda telah lawati—Pengangkutan, Beli-belah dan Industri—dan menunjukkan bilangan lawatan untuk setiap satu.

Aktifkan Tempat Dilawati

Apabila anda membuka app Peta, anda mungkin diminta untuk mengaktifkan Tempat Dilawati. Jika tidak,

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Peta.

  3. Ketik Lokasi, kemudian aktifkan Lokasi Tepat dan Tempat Dilawati.

  4. Kembali ke app Seting , kemudian ketik Privasi & Keselamatan.

  5. Ketik Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.

  6. Ketik Perkhidmatan Sistem, ketik Lokasi & Laluan Penting, kemudian aktifkan Lokasi & Laluan Penting.

Lihat tempat dilawati

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Ketik Tempat, ketik Tempat Dilawati, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Cari: Cari tempat mengikut nama, kategori, alamat atau nota.

    • Penapis: Cari menggunakan penapis untuk tarikh, kategori atau bandar.

    • Tunjukkan semua lawatan: Ketik Semua Lawatan.

Urus tempat dilawati

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Ketik Tempat, kemudian ketik Tempat Dilawati.

  3. Bersebelahan tempat, ketik Lagi (di sebelah kanan kad tempat), kemudian lakukan mana-mana pilihan berikut:

    • Tambah ke Tempat anda: Ketik Tambah ke Tempat.

    • Kongsi tempat dilawati: Ketik Kongsi.

    • Tambah nota peribadi: Ketik Tambah Nota.

    • Betulkan tempat dilawati: Ketik Lokasi Salah.

    • Keluarkan tempat dilawati: Ketik Keluarkan.

Tukar tempoh masa Peta menyimpan tempat dilawati anda

Jika anda memilih tempoh untuk menyimpan tempat dilawati apabila anda menyediakan ciri, anda boleh menukarnya pada bila-bila masa.

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Ketik Tempat, kemudian ketik Tempat Dilawati.

  3. Skrol ke bawah, ketik Kekalkan Lawatan, kemudian pilih tempoh.

Kosongkan sejarah tempat dilawati anda

  1. Pergi ke app Peta pada iPhone anda.

  2. Ketik Tempat, kemudian ketik Tempat Dilawati.

  3. Skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Kosongkan Sejarah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.