Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan iCloud pada iPhone

iCloud menyimpan foto, video, dokumen, sandaran anda dan banyak lagi—serta memastikan ianya dikemas kini merentas semua peranti anda—secara automatik. Dengan iCloud, anda juga boleh berkongsi foto, kalendar, nota, folder dan fail dengan rakan serta keluarga. iCloud menyediakan anda akaun e-mel dan 5 GB storan percuma untuk data anda. Untuk mendapatkan lebih storan dan ciri tambahan, anda boleh melanggan iCloud+.

Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. Ketersediaan iCloud dan cirinya berbeza mengikut negara atau rantau.

Sediakan iCloud

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik [nama anda].

    Jika anda tidak melihat nama anda, ketik Akaun Apple, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda.

  3. Ketik iCloud, ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan app dan ciri yang anda mahu selaraskan dengan iCloud.

    Contohnya, aktifkan iCloud Drive untuk membuatkan fail anda dalam iCloud Drive tersedia kepada peranti lain anda.

    Skrin seting iCloud menunjukkan meter storan iCloud dan senarai ciri—termasuk Foto, iCloud Drive dan Sandaran iCloud—yang boleh digunakan dengan iCloud.

Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menyesuaikan ciri iCloud pada peranti lain anda, lihat Sediakan iCloud dan tukar seting pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.

Cara menggunakan iCloud pada iPhone

iCloud boleh memastikan iPhone anda disandarkan secara automatik. Lihat Sandarkan iPhone.

Anda juga boleh menyimpan maklumat berikut dalam iCloud dan memastikannya terkini merentas iPhone dan peranti Apple lain anda:

Anda juga boleh melakukan yang berikut:

Untuk mendapatkan storan tambahan dan akses ke Geganti Peribadi iCloud, Sembunyikan E-mel Saya dan sokongan Video Selamat HomeKit, anda boleh melanggan iCloud+.

Anda juga boleh mengakses data iCloud anda pada iPad, Apple Watch, Mac, Apple Vision Pro, Apple TV 4K, peranti Windows dan iCloud.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri tersedia dan cara ciri berfungsi merentas semua peranti anda, lihat Panduan Pengguna iCloud.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.