Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari foto dan video mengikut jenis media pada iPhone

Dalam app Foto, anda boleh mencari koleksi foto dan video yang disusun mengikut jenis media. Contohnya, layari semua foto mod Potret atau video selang masa anda di satu tempat.

Layari foto dan video mengikut jenis media

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, skrol ke bawah, kemudian ketik Jenis Media.

    Dalam app Foto, koleksi Jenis Media dibuka, menunjukkan senarai koleksi foto.
  3. Ketik jenis foto atau video yang anda mahu lihat.

Petua: Untuk mencari jenis media kegemaran anda dengan cepat, tambahnya kepada koleksi Dipinkan. Lihat Pinkan koleksi dan album.

Susun semula jenis media

Anda boleh menyusun semula senarai jenis media untuk membantu anda menemukan jenis media yang paling kerap anda akses.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, skrol ke bawah, kemudian ketik Jenis Media.

  3. Ketik Edit, sentuh dan tahan koleksi yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

    Untuk membuat asal perubahan anda, ketik Reset.

  4. Ketik butang Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.