Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pengenalan kepada senarai main dalam Muzik pada iPhone

Senarai main ialah kompilasi tersuai lagu dan video muzik. Anda mungkin mahu mencipta senarai main untuk melakukan yang berikut:

  • Sesuai dengan perasaan atau keraian. Contohnya, anda boleh mencipta senarai main untuk parti makan malam, perkahwinan atau senaman pagi anda.

  • Pilih lagu tertentu untuk dikongsi dengan orang lain pada rangkaian setempat anda atau untuk menyelaraskan dengan peranti Mac atau Windows anda.

  • Susun pustaka muzik anda.

Apabila anda melanggan Apple Music, terdapat beberapa jenis senarai main lain yang tersedia:

Perubahan yang anda lakukan ke pustaka muzik anda (contohnya, mencipta senarai main atau folder senarai main) dikemas kini merentas semua peranti anda apabila Selaraskan Pustaka diaktifkan (pergi ke Seting  > App > Muzik, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka). Jika anda bukan pelanggan Apple Music, perubahan kelihatan dalam pustaka muzik anda pada kali seterusnya anda menyelaras dengan komputer anda.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Mainkan senarai main untuk rileks” semasa memainkan lagu atau album. Ketahui cara menggunakan Siri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.