Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bina tabiat dengan Jurnal pada iPhone

Dengan app Jurnal, anda boleh menjejak matlamat penjurnalan anda dan membina tabiat baharu.

Jejak penjurnalan anda dengan Cerapan

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Balik Jurnal untuk melihat pencapaian berterusan semasa anda—bilangan hari atau minggu anda telah menjurnal secara berterusan—bersama cerapan lain.

  3. Ketik Cerapan, kemudian ketik mana-mana jubin untuk melihat lebih banyak butiran.

    Skrin dalam app Jurnal menunjukkan pencapaian berterusan semasa dan metrik seperti bilangan perkataan yang ditulis.

Setkan jadual penjurnalan

Anda boleh diingatkan untuk menulis dengan pemberitahuan penjurnalan.

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPhone anda.

  2. Di atas ringkasan Cerapan, ketik butang Lagi Jurnal, kemudian ketik Pemberitahuan. Anda mungkin perlu mengetik butang Balik Jurnal untuk melihat ringkasan Cerapan.

  3. Ketik Tersuai untuk mengesetkan jadual mingguan atau ketik Pintar untuk menerima pemberitahuan berdasarkan rutin dan lokasi anda.

Gunakan widget Jurnal

Tambah widget ke Skrin Utama atau Skrin Kunci anda dengan pencapaian berterusan semasa anda atau gesaan menulis yang bertukar sepanjang hari supaya anda boleh fikirkan perkara yang berlaku pada ketika itu.

  1. Pada Skrin Utama atau Skrin Kunci iPhone, tambah widget Jurnal.

  2. Untuk menukar widget, sentuh dan tahan widget, kemudian ketik Edit Widget.

  3. Ketik widget untuk memilih daripada gesaan menulis berbeza, mulakan catatan baharu atau melihat butiran tentang pencapaian berterusan semasa anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.