Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pengenalan kepada data Kesihatan pada iPad

App Kesihatan menyimpan maklumat kesihatan anda secara selamat daripada iPhone, iPad dan Apple Watch, serta daripada app pihak ketiga yang serasi dan peranti yang disambungkan. Anda juga boleh memasukkan data untuk ukuran badan, simptom, maklumat kitaran haid dan banyak lagi secara manual.

Siri: Pada model disokong, minta Siri sesuatu seperti, “Berapakah kadar jantung saya?” atau “Sejauh manakah saya berjalan hari ini?” Tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Ketahui cara menggunakan Siri.

Skrin Ringkasan dalam Kesihatan. Maklumat tentang aktiviti, ubat, tanda vital, keadaan minda, tidur, kadar jantung dan latihan kelihatan di bawah Dipinkan.

Data Kesihatan daripada iPad

iPad menyimpan dan menganalisis data kesihatan yang berharga secara automatik, termasuk yang berikut:

  • Paras audio fon kepala: Ukuran paras audio daripada AirPods, EarPods atau fon kepala serasi lain yang disambungkan disimpan dalam Kesihatan secara automatik. Anda boleh menyemak data ini dalam kategori Pendengaran untuk membantu anda memahami tabiat pendengaran fon kepala anda.

  • Sejarah tidur: Jika anda menyediakan jadual tidur dalam Kesihatan pada iPhone, iPhone menganggarkan tempoh masa anda berbaring di katil dengan niat untuk tidur. Anda boleh menyemak data ini dalam kategori Tidur pada iPad untuk membantu anda memenuhi matlamat tidur anda.

  • Rekod kesihatan daripada penyedia penjagaan kesihatan anda: Jika anda memuat turun rekod kesihatan pada iPhone, anda boleh melayari rekod kesihatan untuk alergi, keadaan perubatan, ubat-ubatan dan banyak lagi daripada organisasi penjagaan kesihatan disokong pada iPad (tidak tersedia di semua negara atau rantau).

Data Kesihatan daripada app dan peranti lain

Semasa anda menyediakan app kesihatan dan kecergasan yang anda muat turun daripada App Store, ikuti arahan atas skrinnya untuk membenarkannya untuk berkongsi data dengan Kesihatan.

Untuk menyimpan data daripada peranti seperti monitor tekanan darah dan penimbang, ikuti arahan penyediaannya. Peranti Bluetooth® perlu dipasangkan dengan iPad.

Nota: Anda boleh menukar keizinan data kesihatan untuk app dan peranti pada bila-bila masa.

Data yang anda boleh tambah secara manual

Anda boleh memasukkan data tentang kitaran haid, ubat, ukuran badan dan banyak lagi secara manual.

  • Tambah maklumat tentang kitaran haid anda: Dengan mengelog maklumat kitaran haid, anda boleh mendapatkan anggaran haid dan tempoh kesuburan. Lihat Log maklumat kitaran haid dalam Kesihatan.

  • Tambah ubat, vitamin dan makanan tambahan anda: Dengan menambah item ini, anda boleh mendapatkan peringatan untuk mengambilnya dan mengetahui lebih lanjut tentangnya. Lihat Jejak ubat anda dalam Kesihatan.

  • Tambah maklumat pada kategori Kesihatan lain: Ketik butang Cari, ketik kategori, ketik butang Butiran untuk data yang anda mahu kemas kini, kemudian ketik Tambah Data di bahagian kanan atas.

Penting: iPhone, iPad dan Apple Watch bukan peranti perubatan. Lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.