Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari tempat dalam Peta pada iPad

Anda boleh mencari alamat, mercu tanda, perkhidmatan dan banyak lagi.

Cari tempat

Ketik medan carian (di bahagian atas kad), kemudian mulakan menaip.

App Peta menunjukkan peta kawasan. Medan carian berada di bahagian atas kiri dengan hasil daripada pertanyaan carian disenaraikan di bawah.

Anda boleh mencari dengan cara berlainan. Contohnya:

  • Persimpangan (“Jalan Pudu”)

  • Kawasan (“Bukit Bintang”)

  • Tanda tempat (“Muzium Negara”)

  • Poskod (“60622”)

  • Perniagaan (“filem,” “restoran Kuala Lumpur,” “Menara UOA, Jalan Pinang”)

  • Permintaan atau soalan menggunakan bahasa tabii (“Cari kafe dengan Wi-Fi percuma”)

Jika anda dapat senarai hasil, skrol senarai untuk melihat lebih banyak. Untuk mengetahui tentang tempat atau mendapatkan arah ke tempat tersebut, ketik hasil carian.

Paparkan, panjangkan atau pendekkan kad

Jika anda tidak melihat medan carian, ketik butang Tutup di bahagian atas kanan kad.

Untuk mensaiz semula kad, seret bahagian atas kad ke atas atau ke bawah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.