Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Mod Luar Talian untuk membaca cerita yang dimuat turun pada iPad

Pelanggan Apple News+ boleh memuat turun kandungan News secara automatik, kemudian mengaksesnya semasa tiada sambungan Wi-Fi atau selular—contohnya, semasa menaiki kapal terbang atau menggunakan laluan bawah tanah.

Nota: Kandungan yang boleh dimuat turun untuk Mod Luar Talian mungkin termasuk cerita, isu, resipi dan teka-teki. Bukan semua jenis kandungan tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Aktifkan Muat Turun Automatik untuk Apple News+

  1. Daftar masuk ke Akaun Apple anda.

  2. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  3. Ketik App, kemudian ketik News.

  4. Aktifkan Segar Semula App Latar.

  5. Ketik Muat Turun Automatik, aktifkan Benarkan Muat Turun Automatik, kemudian aktifkan mana-mana yang berikut:

    • Recent Stories: Memuat turun cerita terkini dalam suapan Today, suapan Best of News+, suapan Sports, Shared with You dan History.

    • Saved Stories: Memuat turun cerita terkini dalam senarai Saved Stories anda.

    • Magazine Issues: Memuat turun isu terkini majalah yang anda ikuti.

    • Food & Recipes: Memuat turun suapan Food, Recipe Catalog dan Saved Recipes.

    • Puzzles: Memuat turun suapan Puzzles, suapan untuk setiap jenis teka-teki dan teka-teki dalam suapan ini.

    Nota: Untuk memuat turun versi lebih kecil imej dalam cerita dan resipi, aktifkan Optimumkan Storan.

iPad anda memuat turun kandungan News apabila terdapat ruang storan yang mencukupi dan disambungkan ke Wi-Fi serta kuasa. Jika anda mempunyai sambungan selular tetapi bukan Wi-Fi, hanya Top Stories dalam suapan Today dimuat turun secara automatik.

Gunakan News dalam Mod Luar Talian

Jika anda tidak mempunyai sambungan Wi-Fi atau selular, Tiada Sambungan Internet kelihatan di bahagian atas skrin dan sebarang kandungan dalam app yang tidak dimuat turun dimalapkan. Untuk bertukar daripada versi setiap suapan yang dimuatkan pada masa ini kepada versi dimuat turun, ketik Show Stories Downloaded untuk Mod Luar Talian.

Apabila anda bersambung semula ke internet, ketik Check for New Stories di bahagian atas skrin. Semua suapan dalam app disegar semula dan memaparkan kandungan terkini.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.