Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi foto dan video pada iPad

Anda boleh berkongsi foto dan video dalam Mail atau Mesej, atau app lain yang anda pasang. Anda juga boleh menggunakan AirDrop untuk berkongsi foto dengan sesiapa sahaja yang berada berdekatan secara serta-merta pada iPhone, iPad, Mac, atau Apple Vision Pro.

Untuk mengetahui lanjut tentang memindahkan foto dan video ke peranti storan luaran, lihat Import dan eksport foto serta video.

Nota: Berkongsi foto atau video termasuk berkongsi metadata berkaitannya seperti tarikh dan masa, lokasi, peranti dan kapsyen.

Kongsi foto dan video

  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Kongsi foto atau video tunggal: Buka foto atau video, ketik butang Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian seperti Mail, Mesej atau AirDrop.

      Foto dibuka dalam app Foto dan pilihan kongsi dipaparkan di bahagian tengah skrin.
    • Kongsi berbilang foto atau video: Semasa melihat skrin dengan berbilang imej kecil, ketik Pilih, kemudian ketik imej kecil foto dan video yang anda mahu kongsi. Ketik butang Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian seperti Mail, Mesej atau AirDrop.

    • Kongsi semua foto dalam koleksi: Semasa melihat koleksi—seperti koleksi daripada Hari Terbaru, Memori atau Perjalanan—ketik butang Lagi, ketik Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian seperti Mail, Mesej atau AirDrop.

Anda juga boleh mencipta album dikongsi supaya anda boleh bekerjasama pada album dengan hanya orang yang anda pilih. Lihat Cipta album dikongsi.

Nota: Had saiz lampiran ditentukan oleh penyedia perkhidmatan anda. Untuk peranti atau perkhidmatan yang tidak menyokong Live Photos, Live Photo dikongsi sebagai foto pegun.

Laraskan maklumat yang anda kongsi tentang foto atau video

Sebelum anda berkongsi foto atau video, anda boleh melaraskan format, jenis fail dan maklumat yang dikongsi dengannya.

  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Buka foto atau video, ketik butang Kongsi, ketik Pilihan, kemudian lakukan mana-mana pilihan berikut:

    • Nyahaktifkan data lokasi: Nyahaktifkan Lokasi.

    • Laraskan format fail: Ketik Automatik untuk format fail terbaik bagi destinasi, ketik Semasa untuk menghalang penukaran format fail, atau ketik Paling Serasi dan fail mungkin ditukar menjadi JPEG atau MOV.

    • Hantar sebagai pautan iCloud: Aktifkan Pautan iCloud untuk berkongsi URL untuk melihat atau memuat turun foto atau video. Pautan iCloud tersedia selama 30 hari.

    • Hantar semua data foto: Aktifkan Semua Data Foto untuk berkongsi fail asal dengan sejarah pengeditan dan metadata; penerima boleh melihat dan mengubah suai versi semasa (tersedia dengan AirDrop dan pautan iCloud sahaja).

  3. Ketik butang Selesai.

Simpan atau kongsikan foto atau video yang anda terima

Anda boleh menyimpan foto yang dikongsi dengan anda daripada app lain.

Bergantung pada app, ketik butang Simpan bersebelahan imej, atau sentuh dan tahan foto atau video, kemudian ketik butang Simpan.

Anda boleh melihat foto atau video disimpan anda dalam pustaka foto anda, atau lihat Cari foto terbaru disimpan.

Nota: Foto dan video yang dikongsi dengan anda dalam app Mesej disimpan dalam pustaka foto anda secara automatik. Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > App > Mesej > Dikongsi dengan Anda, kemudian nyahaktifkan Foto.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.