Tukar seting Terjemah anda pada iPad

Anda boleh menyesuaikan keutamaan anda untuk app Terjemah dalam Seting. Muat turun bahasa, gunakan Mod Pada Peranti atau pilih app terjemahan lalai berbeza.

Muat turun bahasa

Untuk menggunakan ciri terjemahan apabila anda tidak bersambung ke internet, anda perlu memuat turun kedua-dua bahasa input dan output.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, ketik Terjemah, kemudian ketik Bahasa.

  3. Ketik butang Muat Turun bersebelahan bahasa yang anda mahu muat turun.

Sentiasa terjemah di luar talian

Anda boleh memilih untuk sentiasa menterjemah di luar talian menggunakan bahasa yang dimuat turun.

Nota: Terjemahan luar talian mungkin tidak setepat terjemahan dalam talian.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Terjemah.

  3. Aktifkan Mod Pada Peranti.

Pilih app terjemahan lalai

Jika anda mempunyai berbilang app terjemahan, anda boleh menukar app lalai.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Terjemah.

  3. Ketik App Terjemahan Lalai, kemudian pilih app.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.