Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan ciri kebolehcapaian semasa persediaan iPad

iPad mempunyai ciri kebolehcapaian yang anda boleh aktifkan pada kali pertama anda mengaktifkan iPad untuk memudahkan anda menyediakan dan memperibadikan ciri iPad lain.

Dengar perkara pada skrin dengan VoiceOver

VoiceOver—pembaca skrin berdasarkan gerak isyarat—memberitahu anda perkara yang berlaku atas skrin.

  1. Selepas iPad diaktifkan, klik tiga kali butang atas (pada iPad dengan Face ID) atau klik tiga kali butang Utama (pada model iPad lain) untuk mengaktifkan VoiceOver.

  2. Lakukan mana-mana yang berikut dan lebih lagi:

    • Sebutkan keseluruhan skrin: Leret ke atas dengan dua jari.

    • Ketahui perkara yang anda sentuh: Sentuh skrin atau seret jari anda di atasnya. VoiceOver menyebut nama item yang disentuh oleh jari anda, termasuk ikon dan teks. Leret ke kanan untuk memilih item seterusnya. Ketik dengan empat jari berhampiran bahagian atas untuk memilih item pertama pada skrin.

    • Pilih item: Ketik untuk memilih butang atau pautan dan aktifkannya dengan mendwiketik.

    • Skrol ke halaman lain: Leret dengan tiga jari.

    • Buka rotor atas skrin: Pusingkan dua jari atas skrin seperti memutarkan dail. Lihat Kawal VoiceOver menggunakan rotor.

Nota: Apabila VoiceOver aktif, gerak isyarat asas tidak berfungsi seperti biasa. Lihat Gunakan gerak isyarat VoiceOver dan Kendalikan iPad apabila VoiceOver aktif.

Anda boleh melaraskan pilihan audio, bahasa, suara, kadar pertuturan, jumlah butiran yang disediakan oleh VoiceOver dan banyak lagi dalam seting VoiceOver.

Zum masuk pada bahagian skrin

  1. Dwiketik skrin dengan tiga jari, kemudian gunakan gelangsar untuk mengesetkan tahap pembesaran.

  2. Gunakan tiga jari untuk skrol di sekeliling skrin yang dizum masuk.

Lihat Zum masuk pada skrin iPad.

Aktifkan ciri lain semasa persediaan

Anda boleh mengaktifkan ciri kebolehcapaian tambahan daripada skrin Mula Cepat.

Ketik butang Pilihan Kebolehcapaian untuk mengaktifkan atau melaraskan seting untuk mana-mana yang berikut:

Jika anda telah menyediakan ciri kebolehcapaian pada iPhone atau iPad berdekatan, anda boleh memindahkan seting anda ke iPad baharu anda dengan Mula Cepat—hanya ikuti arahan atas skrin. Lihat Hidupkan dan sediakan iPad. (Lihat Berpindah daripada peranti Android kepada iPad jika peranti anda sebelum ini bukan dihasilkan oleh Apple.)

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.