Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sekat app, muat turun app, tapak web dan pembelian pada iPad

Anda boleh mengehadkan akses kepada app, ciri dan tapak web, selain daripada pembelian iTunes dan App Store.

Sekat kandungan dan halang pembelian iTunes & App Store

Setkan Kandungan & Privasi untuk menyekat kandungan yang tidak sesuai dan mengesetkan pengehadan untuk pembelian iTunes Store dan App Store.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin.

    Jika anda mahu mengaktifkan ciri ini untuk anak anda, ketik nama anak anda.

  3. Ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Setkan pengehadan untuk pembelian dan muat turun semula kedai: Ketik Pembelian iTunes & App Store.

    • Keluarkan app atau ciri daripada Skrin Utama: Ketik App & Ciri Dibenarkan.

    • Setkan penilaian kandungan dan sekatan lain untuk App Store, Media, Web, & Game Center: Ketik App Store, Media, Web & Permainan.

    • Hadkan akses kepada Apple Intelligence*, Siri dan Hasil Matematik: Ketik Intelligence & Siri. (Lihat Sekat akses kepada ciri Apple Intelligence dalam Masa Skrin.)

    • Benarkan perubahan pada seting privasi dalam ciri, app atau media tertentu: Ketik pilih di bawah Privasi, kemudian ketik Benarkan Perubahan atau Jangan Benarkan Perubahan.

    • Benarkan perubahan pada seting lain: Ketik pilih di bawah Benarkan Perubahan Pada, kemudian ketik Benarkan atau Jangan Benarkan.

Aktifkan atau nyahaktifkan app dan ciri terbina dalam

Anda boleh mengehadkan penggunaan app atau ciri terbina dalam. Jika anda menyahaktifkan app, ia tidak dipadamkan; ia disembunyikan buat sementara daripada Skrin Utama anda sehingga anda mengaktifkannya semula.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin.

    Jika anda mahu mengaktifkan ciri ini untuk anak anda, ketik nama anak anda.

  3. Ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  4. Ketik App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkan app atau ciri yang anda mahu hadkan.

Sekat tapak web

Anda boleh menyekat tapak web khusus dengan URL.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin.

    Jika anda mahu menyekat tapak web untuk anak anda, ketik nama anak anda.

  3. Ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  4. Ketik App Store, Media, Web & Permainan, kemudian ketik Kandungan Web.

  5. Pilih Hadkan Tapak Web Dewasa, ketik Tambah Tapak Web di bawah Jangan Benarkan dan masukkan URL tapak web yang anda mahu sekat.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.