Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tindakan dan gerak isyarat tetikus untuk iPad

Anda boleh menggunakan tetikus untuk membuka app, pergi ke Skrin Utama, buka Slide Over dan banyak lagi (peranti tetikus dijual secara berasingan).

Apabila iPad anda berdekatan Mac anda (macOS 12.3 atau lebih baharu diperlukan pada model disokong), anda juga boleh berkongsi tetikus antara kedua-dua peranti.

Nota: Tidak semua peranti tetikus serasi sepenuhnya dengan semua model iPad.

Tindakan tetikus

Tindakan

Perihalan

Ilustrasi yang melambangkan klik pada tetikus.

Klik. Tekan tetikus sehingga anda merasa klik.

Ilustrasi yang melambangkan sentuh dan tahan pada tetikus.

Klik dan tahan. Tekan dan tahan tetikus.

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus bagi menyeret item.

Seret. Klik dan tahan item, kemudian alihkan tetikus.

Ilustrasi yang melambangkan klik pada tetikus.

Bangunkan iPad. Klik tetikus.

Atau, jika anda menggunakan papan kekunci luaran, tekan sebarang kekunci.

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus bagi membuka Dock.

Buka Dock. Alihkan tetikus untuk menempatkan penuding di bahagian bawah skrin.

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus untuk pergi ke Skrin Utama.

Pergi ke Utama. Alihkan tetikus untuk menempatkan penuding di bahagian bawah skrin. Selepas Dock kelihatan, alihkan penuding melepasi bahagian bawah skrin.

Atau, klik bar di bahagian bawah skrin (pada iPad dengan Face ID).

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus bagi membuka Penukar App.

Buka Penukar App. Dengan Skrin Utama kelihatan, alihkan penuding melepasi bahagian bawah skrin.

Atau daripada app, seret bar di bahagian bawah skrin ke arah bahagian tengah skrin dan jeda (pada iPad dengan Face ID).

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus bagi melihat Slide Over.

Lihat Slide Over. Gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding melepasi pinggir kanan skrin. Untuk menyembunyikan Slide Over, alihkan penuding melepasi pinggir kanan skrin lagi.

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus bagi membuka Pusat Kawalan.

Buka Pusat Kawalan. Gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding bagi memilih ikon status di bahagian kanan atas, kemudian klik.

Atau, alihkan penuding melepasi penjuru kanan atas skrin.

Ilustrasi yang melambangkan cara untuk menggunakan tetikus bagi membuka Pusat Pemberitahuan.

Buka Pusat Pemberitahuan. Gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding bagi memilih ikon status di bahagian kiri atas, kemudian klik.

Atau, gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding melepasi bahagian atas skrin (berdekatan bahagian tengah).

Gerak isyarat tetikus untuk Magic Mouse 2

Gerak Isyarat

Perihalan

Ilustrasi yang melambangkan gerak isyarat pada tetikus untuk menskrol ke atas dan bawah.

Skrol ke atas atau bawah. Luncur jari ke atas atau bawah pada permukaan tetikus.

Ilustrasi yang melambangkan gerak isyarat pada tetikus untuk menskrol ke kiri dan kanan.

Skrol ke kiri atau kanan. Luncur jari ke kiri atau kanan pada permukaan tetikus.

Ilustrasi yang melambangkan klik sekunder di sebelah kanan tetikus.

Klik sekunder. Gunakan satu jari pada satu sisi tetikus untuk menunjukkan menu Tindakan Cepat apabila mengklik item seperti ikon pada Skrin Utama, mesej dalam peti mel, atau butang Kamera dalam Pusat Kawalan.

Nota: Untuk mengaktifkan klik Sekunder dan memilih sisi tetikus untuk digunakan, pergi ke Seting  > Umum > Trackpad & Tetikus > Klik Sekunder.

Jika anda menggunakan papan kekunci luaran, anda boleh menekan kekunci Control semasa anda mengklik tetikus. Pada tetikus berbilang butang, klik butang kedua.

Ilustrasi yang melambangkan gerak isyarat tetikus untuk membuka Paparan Hari Ini.

Buka Paparan Hari Ini. Apabila Skrin Utama atau Skrin Kunci kelihatan, leret ke kanan pada permukaan tetikus.

Ilustrasi yang melambangkan gerak isyarat pada tetikus untuk membuka carian daripada Skrin Utama.

Buka carian daripada Skrin Utama. Leret ke bawah pada permukaan tetikus.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.