Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Serahkan panggilan FaceTime daripada iPad anda ke peranti Apple lain

Anda boleh memulakan panggilan FaceTime pada iPad anda dan mengalihkan panggilan ke peranti lain yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.

Dengan Kamera Kesinambungan dan Mik, anda juga boleh menggunakan iPad sebagai kamera web dan mikrofon untuk panggilan FaceTime pada Mac atau Apple TV 4K anda. Lihat Gunakan FaceTime pada Apple TV 4K.

Nota: Maklumat hubungan pilihan anda untuk panggilan tersebut, ditunjukkan dalam Seting  > App > FaceTime, mestilah sepadan dengan maklumat hubungan yang dipilih dalam Seting > App > FaceTime untuk peranti yang anda mahu serahkan.

Serahkan panggilan FaceTime daripada iPad ke iPhone atau Mac

Semasa dalam panggilan FaceTime pada iPad, anda boleh menyerahkan panggilan ke iPhone (iOS 16 atau lebih baharu) atau Mac (macOS 13 atau lebih baharu) anda. Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada kedua-dua peranti.

  1. Semasa panggilan dalam app FaceTime pada iPad anda, lakukan salah satu yang berikut pada peranti lain anda:

    • Ketik pemberitahuan dengan cadangan “Alihkan panggilan ke [peranti] ini”.

    • Ketik butang Handoff Video atau butang Handoff Video di bahagian atas skrin.

  2. Ketik Tukar atau Sertai.

    Panggilan beralih ke peranti baharu. Pada peranti asal, sepanduk kelihatan mengesahkan yang panggilan diteruskan di tempat lain, bersama dengan butang Tukar, yang anda boleh ketik jika anda mahu membawa panggilan semula.

Serahkan panggilan FaceTime daripada iPad anda ke Apple TV 4K

Anda boleh memulakan (atau menerima) panggilan FaceTime pada iPad anda dan kemudian serahkan panggilan ke skrin yang lebih besar pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu) apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada kedua-dua peranti. Selepas anda menyerahkan panggilan, ia diteruskan pada Apple TV 4K, dengan iPad anda bertindak sebagai kamera web dan mikrofon untuk Apple TV 4K selama tempoh panggilan. Kamera Kesinambungan dengan Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu) tersedia pada model iPad disokong.

Untuk mendapatkan arahan tentang menyerahkan dan meneruskan panggilan pada Apple TV 4K (generasi ke-2), lihat Gunakan FaceTime pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.