Sediakan pemajuan panggilan pada iPad

Anda boleh menyediakan pemajuan panggilan pada iPad jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian GSM.

Jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian CDMA, hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan pemajuan panggilan.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Telefon.

  3. Ketik Pemajuan Panggilan, kemudian aktifkan Pemajuan Panggilan.

    Ikon Pemajuan Panggilan kelihatan dalam bar status apabila pemajuan panggilan aktif.

  4. Ketik Majukan Kepada, masukkan nombor yang anda mahu dihalakan semula, kemudian ketik Balik.

Anda mesti berada dalam julat rangkaian selular apabila anda setkan iPad untuk memajukan panggilan, atau panggilan tidak akan dimajukan.

Jika pembawa anda menyokong pemajuan panggilan bersyarat semasa talian sibuk atau tiada dalam perkhidmatan, hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat persediaan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.