Lindungi catatan jurnal anda pada iPad

Dalam app Jurnal, terdapat beberapa cara anda boleh melindungi catatan jurnal anda. Anda boleh mengunci jurnal, anda boleh menyelaraskan catatan jurnal anda dengan iCloud dan anda boleh menyertakan catatan jurnal anda dalam sandaran iPad anda jika anda menyulitkan sandaran iPad anda dan menyimpannya secara setempat pada komputer atau peranti storan luaran anda.

Selaraskan catatan anda merentas peranti anda dengan iCloud

Catatan anda—dan sebarang perubahan yang anda lakukan padanya—kelihatan pada iPad, iPhone dan Mac anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama dan mengaktifkan Jurnal dalam seting iCloud.

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan Jurnal.

Bagaimana saya membuat sandaran catatan jurnal saya?

Untuk menyertakan catatan anda dalam sandaran iPad anda, sandaran iPad anda mesti disulitkan dan disimpan secara setempat pada komputer atau peranti storan luaran anda. Catatan jurnal tidak disertakan dalam sandaran iCloud, tetapi anda boleh menyemak bahawa ia diselaraskan ke iCloud dalam Seting.

Apabila anda mencipta sandaran disulitkan, anda mempunyai salinan catatan anda untuk digunakan sekiranya iPad anda digantikan, hilang atau rosak. Untuk mengetahui cara mencipta sandaran yang disulitkan, lihat artikel Sokongan Apple Sandarkan catatan Jurnal dalam sandaran yang disulitkan.

Kunci jurnal anda

Anda boleh melindungi jurnal anda supaya hanya anda boleh mengaksesnya dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.

Skrin yang menggesa anda untuk menggunakan Touch ID untuk membuka kunci jurnal anda

Untuk mengunci jurnal anda, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Daripada Skrin Utama atau Pustaka App: Lihat Kunci atau sembunyikan app.

  • Dalam app Jurnal: Di atas ringkasan Cerapan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Kunci Jurnal.

  • Dalam app Seting: Pergi ke Seting  > App > Jurnal, kemudian ketik Kunci Jurnal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.