Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Langgan rancangan atau saluran dalam Podcast pada iPad

Dalam app Podcast, langgan, tukar, batalkan dan kongsi langganan podcast anda. Langganan dibayar membolehkan anda menyokong rancangan yang anda gemari dan kebiasaannya langganan menyertakan premium tambahan, akses awal kepada episod baharu, atau pendengaran bebas iklan.

Nota: Tidak semua langganan dan saluran tersedia di semua negara, rantau, atau bahasa. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Langgan rancangan atau saluran

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Cari atau layari untuk mencari rancangan atau saluran.

  3. Pilih rancangan atau saluran yang anda mahu langgan.

  4. Ketik butang langganan (jika tersedia).

Anda boleh mengakses rancangan yang anda langgan atau yang anda ikuti pada peranti Apple lain anda atau pada app Apple Podcasts. (Apabila anda melanggan rancangan, anda mengikutinya secara automatik.) Lihat Ikuti podcast kegemaran anda. Apabila anda melanggan saluran atau ikuti salah satu rancangannya, saluran kelihatan dalam bahagian Saluran pustaka anda.

Tukar atau batalkan langganan anda

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Pilih Akaun > Seting Akaun dalam bar menu.

  3. Ketik Urus Langganan.

  4. Ketik langganan untuk menukar atau membatalkannya.

Kongsi langganan Apple Podcasts

Apabila anda melanggan saluran podcast, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda akan memperoleh akses ke saluran yang anda langgan secara automatik.

Jika anda menyertai kumpulan keluarga dan ahli kumpulan keluarga melanggan rancangan yang anda telah langgan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.

Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan rancangan dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan atau meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.