Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat kata laluan anda dan maklumat berkaitan pada iPad

Anda boleh melihat dan menyalin kata laluan, menambah nota seperti peringatan soalan keselamatan dan banyak lagi dengan maklumat akaun disulitkan yang disimpan pada iPad. Rantai Kunci iCloud memastikan maklumat ini dikemas kini dengan selamat merentas semua peranti anda yang diluluskan.

Lihat dan salin kata laluan untuk tapak web atau akaun app

  1. Untuk akaun yang menggunakan kata laluan, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pergi ke app Kata Laluan pada iPad anda.

    • Pada skrin daftar masuk, ketik butang Isi Auto Kata Laluan.

  2. Ketik akaun, kemudian ketik medan Kata Laluan.

  3. Bagi menyalin kata laluan untuk digunakan di tempat lain, ketik Salin Kata Laluan.

Tambah nota untuk akaun dengan kata laluan atau kunci laluan

Anda boleh menyimpan nota tentang maklumat kunci pemulihan, soalan keselamatan, nombor PIN dan butiran serupa dengan selamat.

  1. Pergi ke app Kata Laluan pada iPad anda.

  2. Ketik Semua, kemudian ketik akaun.

  3. Ketik Edit, ketik Nota, masukkan teks anda, kemudian ketik butang Simpan.

Untuk mengemas kini nota, ketik Edit, kemudian ketik medan Nota.

Pergi ke tapak web untuk akaun

  1. Pergi ke app Kata Laluan pada iPad anda.

  2. Ketik Semua, kemudian ketik akaun.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik butang Safari.

    • Ketik URL tapak web, ketik Salin Tapak Web, kemudian tampal URL dalam medan alamat pelayar anda.

Keluarkan akaun daripada iPad dan Rantai Kunci iCloud anda

  1. Pergi ke app Kata Laluan pada iPad anda.

  2. Leret kiri pada akaun, kemudian ketik Padam.

    Contohnya, anda mungkin mahu mengeluarkan akaun untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia.

Nota: Tindakan ini tidak mengeluarkan akaun daripada tapak web atau app yang anda cipta akaun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.