Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Sembunyikan E-mel Saya dalam Safari pada iPad

Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Sembunyikan E-mel Saya untuk memastikan alamat e-mel peribadi anda kekal peribadi. Dengan Sembunyikan E-mel Saya, anda boleh menjana alamat e-mel unik dan rawak yang dimajukan kepada akaun e-mel peribadi anda supaya anda tidak perlu berkongsi akaun e-mel sebenar anda semasa mengisi borang pada web atau mendaftar untuk surat berita.

  1. Apabila alamat e-mel anda diminta pada tapak web, ketik medan alamat e-mel.

  2. Ketik Sembunyikan E-mel Saya di atas papan kekunci.

    Skrin Sembunyikan E-mel Saya mencadangkan alamat baharu Sembunyikan E-mel Saya yang dijana secara rawak.

  3. Jika anda tidak mahu menggunakan alamat yang dicadangkan, ketik butang Muat Semula untuk melihat alamat baharu yang dicadangkan.

  4. Ketik Teruskan.

Anda boleh memadamkan alamat Sembunyikan E-mel Saya pada bila-bila masa. Lihat Cipta dan urus Sembunyikan E-mel Saya dalam Seting.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.