Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Uruskan pembelian dan seting iTunes Store anda pada iPad

Dalam app iTunes Store, anda boleh menyemak dan muat turun muzik, filem dan rancangan TV yang dibeli oleh anda atau ahli keluarga lain. Anda juga boleh menyesuaikan sekatan kandungan anda untuk iTunes Store dalam Seting.

Luluskan pembelian dengan Perkongsian Keluarga

Dengan Perkongsian Keluarga disediakan, penganjur keluarga boleh menyemak dan meluluskan pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga lain di bawah had umur tertentu. Lihat Aktifkan Minta Kebenaran untuk Beli bagi kanak-kanak.

Lihat dan muat turun muzik yang dibeli oleh anda atau ahli keluarga

  1. Pergi ke app iTunes Store pada iPad anda.

  2. Ketik Dibeli dalam bar tab di bahagian atas.

  3. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, ketik Pembelian Saya, kemudian pilih ahli keluarga untuk melihat pembelian mereka.

    Nota: Anda boleh melihat pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga hanya jika mereka memilih untuk berkongsi pembelian mereka.

  4. Cari item yang anda mahu muat turun, kemudian ketik butang Muat Turun.

Untuk melihat dan memuat turun filem atau rancangan TV yang dibeli oleh anda atau ahli keluarga, lihat Urus pustaka anda dalam app Apple TV.

Lihat seluruh sejarah pembelian iTunes Store anda

Untuk melihat senarai kronologi app, lagu, filem, rancangan TV, buku dan item lain yang dibeli dengan Akaun Apple anda, lihat sejarah pembelian iTunes Store anda.

Dalam sejarah pembelian, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

  • Lihat apabila tempahan dibilkan kepada akaun anda.

  • Lihat tarikh pembelian.

  • Hantar semula resit e-mel.

  • Laporkan masalah dengan kandungan yang dibeli.

Setkan pengehadan kandungan

Selepas anda mengaktifkan pengehadan kandungan dan privasi, pergi ke Seting  > Masa Skrin > Kandungan & Privasi > App Store, Media, Web, & Permainan, kemudian setkan sebarang pengehadan tersedia. Anda boleh menyekat kandungan eksplisit, menyahaktifkan video muzik, mengehadkan kandungan mengikut penilaian yang bersesuaian dengan umur dan banyak lagi.

Apabila anda membeli akses kepada filem, rancangan TV, muzik, video muzik, e-buku, buku audio atau nada dering dari Apple, anda juga mempunyai pilihan untuk memuat turun item ke iPhone, iPad, Mac atau PC yang serasi secara kekal. Apple tidak boleh membatalkan kandungan dimuat turun anda dan anda akan sentiasa boleh mengakses kandungan dimuat turun anda tanpa sambungan internet.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.