Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Susun fail dan folder dalam Fail pada iPad

Dalam app Fail, anda boleh menyusun dokumen, imej dan fail lain dalam folder.

Cipta folder

  1. Pergi ke app Fail pada iPad anda.

  2. Buka lokasi atau folder sedia ada.

  3. Ketik butang Folder Baharu.

    Nota: Jika anda tidak melihat Folder Baharu, anda tidak boleh mencipta folder dalam lokasi tersebut.

Nama semula, mampatkan dan buat perubahan lain kepada fail atau folder

  1. Pergi ke app Fail pada iPad anda.

  2. Buka lokasi atau folder sedia ada.

  3. Sentuh dan tahan fail atau folder, kemudian pilih pilihan: Salin, Alih, Kongsi, Nama Semula, Mampat, Duplikasi atau Padam.

Untuk mengubah suai berbilang fail atau folder pada masa yang sama, ketik Pilih, ketik untuk memilih fail atau folder yang anda mahu ubah suai, kemudian ketik pilihan di bahagian atas skrin (Kongsi, Duplikasi, Alih, Padam dan seterusnya).

Nota: Sesetengah pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada item yang anda pilih; contohnya, anda tidak boleh memadam atau memindahkan pustaka app (folder yang dilabelkan dengan nama app).

Zip atau nyahzip fail atau folder

Anda boleh mengezip fail atau folder untuk memampatkannya supaya ia mengambil kurang ruang storan pada iPad anda. Anda juga boleh menyahzip fail atau folder yang dimampatkan.

  1. Pergi ke app Fail pada iPad anda.

  2. Sentuh dan tahan fail atau folder yang anda mahu zip, kemudian ketik Mampatkan.

Untuk menyahzip fail atau folder, sentuh dan tahannya, kemudian ketik Nyahmampat.

Tag fail atau folder

  1. Pergi ke app Fail pada iPad anda.

  2. Buka lokasi atau folder sedia ada.

  3. Sentuh dan tahan fail atau folder, ketik Tag, kemudian ketik satu atau lebih tag.

  4. Ketik Selesai.

Item ditagkan kelihatan di bawah Tag dalam bar sisi.

Untuk mengeluarkan tag, ketiknya sekali lagi.

Tandakan folder sebagai kegemaran

  1. Pergi ke app Fail pada iPad anda.

  2. Buka lokasi atau folder sedia ada, sentuh dan tahan folder, kemudian ketik Kegemaran.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.