Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bantu melindungi kesihatan penglihatan anda dengan Jarak Skrin pada iPad

Melihat peranti terlalu rapat untuk tempoh masa yang lama boleh meningkatkan risiko miopia (rabun jauh) di kalangan pengguna lebih muda dan keletihan mata untuk pengguna semua usia. Dalam Masa Skrin, ciri Jarak Skrin menggunakan kamera TrueDepth (model disokong) untuk mengesan apabila anda memegang iPad lebih dekat daripada 12 inci untuk tempoh masa berpanjangan dan menggalakkan anda untuk bergerak lebih jauh.

Jarak Skrin boleh mengingatkan pengguna lebih muda untuk mengamalkan tabiat penglihatan sihat yang boleh mengurangkan risiko miopia mereka. Ia memberikan pengguna dewasa peluang untuk mengurangkan keletihan mata digital.

Nota: Face ID mesti disediakan untuk menggunakan Jarak Skrin. Jarak Skrin diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga. (Umur berbeza mengikut negara dan rantau.)

Aktifkan atau nyahaktifkan Jarak Skrin

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Masa Skrin.

    Jika anda mahu mengaktifkan atau menyahaktifkan Jarak Skrin untuk anak anda, ketik nama anak anda.

  3. Ketik Jarak Skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Jarak Skrin.

Dengan Jarak Skrin diaktifkan, apabila anda memegang skrin terlalu dekat dengan muka anda untuk tempoh masa yang lama, Jarak Skrin meliputi skrin dengan isyarat, menghalang anda daripada meneruskan. Apabila anda mengalihkan iPad pada jarak lebih daripada 12 inci, anda boleh mengetik Teruskan untuk meneruskan menggunakannya.

Skrin memberi amaran yang anda memegang iPad terlalu dekat dan anda sepatutnya mengalihkannya lebih jauh untuk melindungi kesihatan penglihatan anda. Amaran meliputi skrin, menghentikan anda daripada meneruskan. Terdapat butang Teruskan yang menjadi aktif apabila anda mengalihkan iPad anda ke jarak yang selamat.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.