Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Tetongkat Imej dengan Apple Intelligence pada iPad

Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menggunakan Tetongkat Imej dalam app Nota untuk mencipta imej berdasarkan lakaran kasar yang anda cipta. Anda juga boleh memilih ruang kosong untuk mencipta imej berdasarkan perkataan dan imej daripada kawasan sekeliling.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPad atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iPadOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Cipta imej daripada lakaran kasar

  1. Pergi ke app Nota pada iPad anda.

  2. Buka nota sedia ada atau ketik butang Papan Baharu untuk memulakan nota yang baharu.

  3. Ketik butang Tulisan Tangan, kemudian cipta lakaran menggunakan jari atau Apple Pencil anda.

  4. Ketik butang Tetongkat Imej, bulatkan lakaran anda, masukkan perihalan, kemudian ketik butang Hantar.

  5. Leret menerusi imej dicipta untuk mencari imej yang anda suka.

  6. Ketik Gaya untuk memilih gaya yang berbeza—Animasi, Ilustrasi atau Lakaran.

Untuk memperhalusi imej anda, ketik perihalan, kemudian edit. Untuk menyimpannya, ketik butang Selesai.

Cipta imej daripada kandungan di sekeliling

Apple Intelligence boleh mencipta imej berdasarkan perkataan dan imej di sekelilingnya.

  1. Pergi ke app Nota pada iPad anda.

  2. Buka nota, ketik butang Alat Tulisan Tangan, kemudian ketik butang Tetongkat Imej.

  3. Bulatkan kawasan berdekatan kandungan anda mahu ilustrasikan.

Cipta semula imej yang sedia ada

Apabila anda mencipta imej dengan Image Playground, semua elemen yang digunakan untuk menciptanya disimpan—lakaran, perihalan, watak dan orang. Anda boleh mengubah suai, menambah atau membuang elemen dalam imej dicipta sedia ada.

  1. Ketik imej dicipta.

  2. Ketik butang Image Playground.

    Imej menunjukkan elemen yang digunakan untuk menciptanya.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tambahkan elemen baharu: Masukkan perihalan, kemudian ketik butang Hantar.

    • Ubah suai elemen: Ketik perihalan, edit teks, kemudian ketik butang Hantar.

    • Keluarkan elemen: Ketik butang Padam.

  4. Apabila anda selesai, ketik Selesai.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.