Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan pemasa dalam Jam pada iPad

Anda boleh mengesetkan pemasa untuk mengira detik daripada waktu tertentu.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti: “Setkan pemasa selama 3 minit.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Setkan pemasa tersuai

  1. Pergi ke app Jam pada iPad anda.

  2. Ketik Pemasa, kemudian setkan tempoh masa.

  3. Pilih mana-mana pilihan yang berikut:

    • Label: Berikan pemasa nama, seperti “Keluarkan biskut daripada ketuhar”.

    • Apabila Pemasa Tamat: Pilih bunyi untuk dimainkan apabila pemasa tamat.

  4. Ketik Mula.

Nota: Pemasa diteruskan walaupun jika anda membuka app lain atau jika iPad tidur.

Apabila anda mengeset pemasa tersuai, ia kelihatan di bawah Terbaru—jadi anda boleh memulakan pemasa yang sama pada bila-bila masa yang anda mahu.

Setkan pemasa untuk berhenti memainkan audio atau video

Jika anda mahu berhenti memainkan audio atau video selepas tempoh waktu tertentu, anda boleh mengesetkan pemasa untuk berhenti main balik—contohnya, apabila anda tidur semasa mendengar radio.

  1. Pergi ke app Jam pada iPad anda.

  2. Setkan pemasa tersuai, seperti di atas.

  3. Ketik Apabila Pemasa Tamat, kemudian ketik Hentikan Main di bahagian bawah senarai bunyi.

  4. Ketik Set, kemudian ketik Mula.

Setkan berbilang pemasa

Selepas anda memulakan pemasa tersuai, anda boleh menambah lebih banyak pemasa untuk menjejak tugas yang berbeza pada masa yang sama.

Tab Pemasa menunjukkan seting untuk mengesetkan pemasa. Pemasa yang terbaru dicipta berada di bawah seting pemasa. Butang Jam Dunia, Penggera, Jam Randik dan Pemasa berada di sepanjang bahagian bawah.
  1. Pergi ke app Jam pada iPad anda.

  2. Ketik Pemasa, kemudian mulakan pemasa.

  3. Ketik butang Tambah di bahagian kanan atas, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tambah pemasa tersuai: Setkan tempoh masa, tambah label atau bunyi, kemudian ketik butang Mula.

    • Tambah pemasa praset: Leret ke kiri di bawah Praset, kemudian ketik tempoh praset masa (seperti 1, 5 atau 10 minit).

    • Tambah pemasa terbaharu: Ketik butang Mula bersebelahan pemasa yang anda setkan baru-baru ini.

      Jika anda memilih praset atau pemasa terbaru, ketik pemasa untuk mengedit label dan bunyi.

Henti, main atau keluarkan pemasa

Apabila pemasa berakhir, anda mendapat pemberitahuan di bahagian atas skrin anda, tidak kira app yang anda gunakan. Ketik butang Batalkan untuk mengosongkan pemberitahuan atau ketik butang Reset jika anda mahu pemasa untuk berjalan lagi. Anda juga boleh mengetik Ulang atau Henti daripada Skrin Kunci.

Anda juga boleh menjeda atau mengeluarkan pemasa sebelum ia tamat.

  1. Pergi ke app Jam pada iPad anda.

  2. Ketik Pemasa, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Jeda pemasa: Ketik butang Jeda bersebelahan pemasa untuk menghentikannya buat sementara. Ketik butang Mula untuk terus mengira detik.

    • Keluarkan pemasa: Ketik butang Keluarkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.